Review - Filem

Filem Review – 5 Sebab Wajib Tonton Fast & Furious: HOBBS & SHAW

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Filem Review – 5 Sebab Wajib Tonton Fast & Furious: HOBBS & SHAW

Selepas lapan filem dengan kutipan hampir 5 billion US dollar secara worldwide, kini franchise bagi siri Fast & Furious tampil dengan filem yang memfokuskan Dwayne Johnson dan Jason Statham sebagai Luke Hobbs dan Deckard Shaw bagi siri kali ini (Fast & Furious: Hobbs & Shaw).

Foto – Variety

Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw merupakan filem bergenre Action-Thriller yang di lakonkan oleh Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby dan Helen Mirren. Filem arahan David Leitch ini membawa penonton mengalami elemen-elemen suspen, thrill dan kesan CGI yang berteknologi tinggi, di tambah pula dengan jalan cerita yang penuh kreatif dan mencabar, filem ini mampu membuatkan penonton seperti di gam di kerusi pawagan. Sememangnya tidak rugi menonton filem ini!

5 Sebab Wajib Tonton Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw

#1 Permulaan Yang Mencabar

Foto – Jeddy Jong

Bayangkan di permulaan jalan cerita sahaja sudah menunjukan babak yang mencabar dan membuatkan darah panas menggelegak! apabila melihat aksi yang mencabar dan hebat ini. Di tambah pula kehebatan lakonan Dwayne Johnson, Jason Statham, Vanessa Kirby dan Idris Elba.

#2 Watak Jahat Ala-Ala Terminator!

Foto – empireonline.com

Nah, ni bukan cobaan ya! Watak jahat dalam filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw ni dah macam ala-ala terminator! Pelbagai kemalangan yang berlaku ke atas dirinya, dia tetap bangun dan berdiri seolah-olah kemalangan yang berlaku tu tak pernah terjadi! Brixton yang merupakan manusia yang memiliki cyber-genetik ini di lakonkan oleh Idris Elba. Memang mantap betul lakonan dan aksi yang di lakukan oleh Idris Elba ni.

#3 Konspirasi Organisasi Yang Misteri

Sebuah organisasi misteri sangat berkuasa memutar belit fakta dan kebenaran! Tetapi motif sebenar di sebalik kekacauan yang di lakukan ini menjadi misteri betul! Di tambah pula dengan kajian serta misi yang di luar norma manusia ini akan membuatkan panonton berasa geram dengan organisasi rahsia ini dan dalam masa yang sama tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang utama organisasi ini.

#4 Kesan CGI Yang Berteknologi Tinggi!

Image result for fast and furious brixton

Sepanjang filem berjalan, kesan CGI yang memukau mata tidak pernah berhenti! Setiap detik dan babak mempamerkan kesan CGI yang cukup gempak dan bertaknologi tinggi! Bukan calang-calang siri filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw ni. Bergegar jantung melihat aksi yang tak masuk dek akal dengan kesan yang bombastik!

#5 Penampakan Pulau Samoa Yang Indah!

Foto – CNN.com

Apa jua masalah yang melanda, keluarga jua tempat mengadu! Ya begitulah alkisah perjalanan filem ini, di mana Hobbs, Shaw dan Hattie mendapatkan perlindungan di pulau Samoa ini. Babak yang mempamerkan keindahan pulau Samoa ini cukup memukau pandangan mata penonton!

Sinopsis Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw

Lawrence Hobbs lakonan Dwayne Johnson merupakan seorang agen setia kepada Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Amerika dan Shaw lakonan Jason Statham merupakan bekas ketua elit tentera British. Kali terakhir mereka beraksi adalah pada tahun 2015 bagi siri Fast & Furious 7.

Dan kini mereka berdua harus bekerjasama semula bagi menentang kejahatan apabila manusia cyber-genetik yang bernama Brixton lakonan Idris Elba merampas cecair virus yang mampu membawa kemusnahan kepada manusia sejagat.

Tetapi malang, Brixton tidak berjaya merampas virus tersebut kerana seorang agen wanita dari skuad M16 lakonan Vanessa Kirby yang juga merupakan adik kepada Shaw, telah menghalang niat jahat Brixton.

Ketiga-tiga iaitu Hobbs, Shaw dan Hattie bersama-sama berusaha menumpaskan musuh mereka dengan kebolehan mereka!

Jadi jangan ketinggalan menonton filem gempak ini di pawagan pada hari ini 1 Ogos 2019! Serius tak rugi menonton filem ini.