Hiburan

Koleksi Patung Mattel & UNO Versi BTS Edisi Khas Di Jual 15 Ogos Ini

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Koleksi Patung Mattel & UNO Versi BTS Edisi Khas Di Jual 15 Ogos Ini

Mattel Global dengan kolaborasi bersama kumpulan idol terkenal Korea, BTS telah menghasilkan koleksi patung BTSxMattel dan juga UNO edisi khas. Kedua-dua item ini telah secara rasminya di jual secara pre-order secara global. Dan kini kedua-dua produk ini telah mula memasuki pasaran Malaysia dan boleh di dapati di seluruh outlet-outlet terkenal di Malaysia.

IKLAN
Foto – Mattel Global

Antara outlet-outlet yang bakal menjual kedua-dua patung Mattel BTS dan UNO ini adalah Hamleys, Isetan, SOGO, Robinsons, Tesco, Popular Bookstores, 7-Eleven, MyNews, Metrojaya dan stor rasmi Mattel iaitu Lazada. Ke semua outlet-outlet ini akan mula menjual kedua-dua produk ini bermula pada 15 Ogos 2019 ini nanti. 

Foto – Mattel Global

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi patung Mattel BTS dan UNO edisi khas ini lebih awal, anda boleh membelinya secara pre-order di laman rasmi Toys “R” Us Malaysia [SINI]. Harga bagi patung ini di jual RM104.90 setiap satu dan manakala untuk kad UNO edisi khas ini di jual sebanyak RM25.90.

Berita gembira untuk peminat BTS, ARMY di mana bermula bulan Ogos sehingga bulan September ini, akan ada in-mall roadshow di kawasan Lembah Klang. Dan pada 15 September, bermula pada jam 5.30 petang sehingga 7.30 petang, peminat BTS boleh berkumpul di hadapan pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur di mana akan ada pertunjukan pameran LED di sana. 

Foto – koreanherald.com

Bukan itu sahaja, semasa program berlangsung terdapat sebuah skrin paparan yang akan di pamerkan selama 2 jam. Dan di situ gambar peminat akan di pancarkan secara “real-time” beserta koleksi gambar idol masing-masing!

Simpan tarikh keramat ini dan bagi yang ingin dapatkan koleksi patung Mattel BTS beserta kad UNO BTS edis khas ini, anda boleh layari laman sesawang Toys “R” Us Malaysia [SINI] atau memberi secara terus di outlet-outlet terpilih pada 15 Ogos ini nanti!