Gossip Antarabangsa

Comel Pipi, Kate Middleton Pakai Baby Botox Ke?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Comel Pipi, Kate Middleton Pakai Baby Botox Ke?

Baru-baru ini wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton kelihatan lain dari yang lain terutama di bahagian pipinya! Comel betul. Kate dah pakai botox ke? Tengok wajah dah tak ada kedutan dan lebih berseri je. Apa rahsia sebenarnya ni? Ramai peminatm diraja ini mendakwa bahawa Duchess of Cambridge ini menerima suntikan kosmetik. Wow.

IKLAN

Dan kini Istana Kensington telah mula mengawal segala khabar angin selepas pakar bedah British berkongsi di akaun laman sosial Instagram secara sah bahawa kerabat diraja tersebut telah menerima rawatan suntikan kosmetik! Wah, nampaknya telahan peminat adalah betul. Hebat betul.

Foto – ET Canada

Justeru spekulasi tentang Kate Middleton membuat suntikan kosmetik tersebut, Dr. Munir Somji berkongsi sebuah gambar Kate Middleton di mana peminat mendakwa kerabat diraja tersebut menggunakan “Baby Botox”, istilah ini bermaksud penggunaan botox dalam kadar yang rendah di mana ia boleh melembutkan garisan dan kedutan di wajah agar ia tampak seperti wajah semula jadi.

Berdasarkan gambar di akaun Instagram tersebut Dr. Munir Somji menyatakan bahawa kerabat diraja tersebut telah membuat rawatan suntikan kosmetik berdasarkan kenyataan yang di posting media sosial akaun tersebut.

Foto – Yahoo

Kate menyukai sentuhan baby botox. Ramai pesakit yang datang dari jauh semata-mata untuk melakukan prosedur ini. Ianya sangat mudah. – Dr. Munir Somji

Berdasarkan kenyataan yang di kongsi di akaun laman sosialnya yang kini telah di hapuskan, menunjukan kesan penggunaan teknik baby botox tersebut di wajah Kate sebelum dan selepas prosedur di lakukan. Sememangnya nampak kelainannya terutama di bahagian pipi dan dahi Duchess of Cambrigde ini.

Manakala di pihak kerabat diraja ini pula, seorang wakil yang berusia 37 tahun tampil memberi kenyataan bahawa Duchess of Cambrigde tidak menerima sebarang suntikan kosmetik dan keluarga diraja tidak pernah mengesahkan aktiviti kormesial.

Foto – parade.com

Meskipun kedua-dua pihak memberi kenyataan yang kontra, lain pula penerimaan peminat keluarga diraja ini. Rata-rata peminat memandang positif tentang perkara ini.

Apa yang penting sebenarnya? Jika itu membuatkan dia rasa bagus, maka ianya baik untuk dirinya. Lagipun separuh dari negara ini menggunakannya juga – Seorang wanita berkongsi pendapatnya.

IKLAN

Sesetengah orang boleh bersikap teruk terhadap orang lain. Biarkan wanita sendiri! Macamlah masalah UK boleh selesai jika dia tak ambil botox, jika boleh selesai tak apalah juga! Jika tidak, biarkan dia sendiri. Setiap wanita di dunia ini sering di bawah tekanan untuk tampil kelihatan cantik, muda, kurus dan bijak! – Seorang lagi peminat berkongsi pendapatnya.

Konklusinya, biarlah Kate nak buat rawatan kecantikan atau apa saja asalkan dia gembira dan bahagia. Tak gitu? Lagi pun tak salah bukan, nak diri tu sentiasa kelihatan cantik, sihat dan berseri.