Info Menarik

Pakar Bedah Plastik Dedah Wajah Artis Lelaki Korea Yang Dapat Permintaan Ramai

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Pakar Bedah Plastik Dedah Wajah Artis Lelaki Korea Yang Dapat Permintaan Ramai

Korea dan Pembedahan Plastik berpisah tiada!

Jika sebelum ini lelaki Korea sering merujuk aktor Kang Dong Won atau Jung Woo Sung ketika berunding dengan pakar bedah plastik bagi merubah wajah mereka. Nampaknya kini terdapat ‘wajah’ baru yang semakin meningkat bagi lelaki yang ingin mendapatkan pembedahan plastik.

Kang Dong Won & Jung Woo Sung. Foto – Koreaboo

Menurut pakar bedah plastik Korea Selatan, pilihan wajah yang paling popular kini menjadi milik aktor Seo Kang Joon. Kebanyakan lelaki yang hadir mahu mendapatkan mata dan bentuk hidung aktor kacak tersebut. Seo Kang Joong sangat terkenal kerana bentuk matanya yang besar dan monolid serta warna mata yang coklat asli. Lagi pula senyuman manis hadir bersama barisan gigi putih bersih membuatkan rupa parasnya memang sedap mata memandang.

Seo Kang Joon. Foto – Twitter

Selain itu, dua lagi yang menjadi rebutan lelaki Korea juga termasuk Park Bo Gum dan Cha Eunwoo. Mereka mempunyai apa yang dianggap sebagai “paling dikehendaki” (bahagian rahang yang runcing) wajah Korea pada masa ini.

Park Bo Gum & Cha Eun Woo. Foto – Arkib Wanista

Jika wanita pula idol hebat Red Velvet Irene, SNSD Yoona dan Blackpink Jennie sangat digemari kaum hawa di sana.

Baca : Popular, Pakar Bedah Plastik Dedah Wajah K-Pop Idol Yang Jadi Permintaan Ramai

Peliklah orang Korea, mereka ada perasaan insecure tentang diri sendiri sampaikan sanggup merubah diri. Rata-rata mereka palsu.. Kesian!