Ketika munculnya jerawat tangan terasa gatal untuk memicit dan memecahkannya. Meski rasa tidak tahan, ada baiknya anda mulai berfikir sebelum bertindak melakukannya. Hal ini kerana menurut doktor dan pakar kecantikan, memicit jerawat secara tidak sengaja terutamanya di kawasan segi tiga muka boleh mengundang maut.
Kenali Kawasan Segitiga Muka
Menurut doktor selebriti, Dr Mehmet Oz, muka manusia mempunyai kawasan khusus yang dikenali sebagai “Segitiga Bermuda atau Segitiga Kematian/Triangle of Death”. Segitiga ini meliputi kawasan muka yang bermula dari pangkal hidung (pusat kening) ke dua sudut mulut, kiraya di bahagian tengah.
Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.
Bahaya Picit Jerawat Kawasan Segitiga Muka
Kawasan segitiga muka bersambung secara langsung ke saluran darah di dalam tengkorak. Apabila jangkitan berlaku, penyebaran boleh berlaku dengan cepat dan kesannya lebih serius.
Jika jerawat dalam kawasan segitiga ini pecah, pintu masuk bagi bakteria untuk menjangkiti tubuh sangat terbuka luas. Bakteria yang masuk dapat bergerak dengan mudah dan menjangkiti saluran darah di kawasan otak. Selain itu, jarak yang mesti dilalui untuk masuk ke otak agak pendek. Ini boleh menyebabkan komplikasi berbahaya yang boleh mengancam nyawa.
Selain itu, tepat di bawah hidung dan mulut terdapat empat saraf kranial utama yang mengawal fungsi di dalam dan di sekeliling muka. Apabila salah satu daripada saraf ini mempunyai jangkitan yang teruk, anda boleh mengalami lumpuh di beberapa bahagian muka. Malah, fungsi motor juga boleh terganggu dan anda berisiko kehilangan penglihatan.
Itulah sebabnya mengapa memicit jerawat di kawasan segitiga muka berpotensi merbahaya. Walaupun selepas anda memiciti jerawat anda tidak mempunyai jangkitan yang serius, tabiat ini boleh menyebabkan kulit rosak sehingga meninggalkan parut kasar. Di samping itu, kawasan yang terkena biasanya akan lebih gelap berbanding di sekeliling.
Tips Merawat Jerawat Kawasan Segitiga
Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan adalah tidak menyentuh muka dengan tangan terutama dalam keadaan kotor, sebaiknya mangan sentuh langsung. Jika jerawat pecah sendiri, bersihkan luka dengan tisu bersih atau kapas.
Anda juga boleh letak jeli petroleum di kawasan jerawat untuk mengelakkan pembentukan parut. Jangan lupa bersihkan muka dan kawasan jerawat setiap hari dengan pembersih muka yang lembut dan air suam.
Jika makin teruk, silalah berjumpa dengan pakar untuk dapatkan rawatan lanjut. Selamat Beramal!