Kecantikan

Patutlah Wanita China Zaman Purba Cantik Bak Bidadari, Ini Rahsianya!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Patutlah Wanita China Zaman Purba Cantik Bak Bidadari, Ini Rahsianya!

Penjagaan kulit bagi wanita di Asia cukup unik dengan rahsia penjagaan kecantikan yang tersendiri. Jika di lihat di Jepun, kaedah pencarian penjagaan kecantikan di perkasa dengan kaedah sains serta formula bagi mendapatkan keberkesanan kecantikan bagi wanita Jepun. Manakala di Korea pula, pencarian kulit yang kekal bersih berseri bak awan di parkasa dengan 10 langkah penjagaan kecantikan seharian.

Tetapi lain pula ceritanya bagi wanita di China, sejak zaman purba lagi wanita-wanita dahulu kala memiliki kulit yang bersih, gebu dan kulit wajah yang bersinar. Dan ramai wanita yang menginginkan rahsia penjagaan kulit seperti wanita-wanita China di zaman purba ini, rahsia kaedah kecantikan mereka adalah berasaskan bahan semula jadi yang mampu memberi manfaat kepada kulit.

Foto – HardwareZone Forums

Nah, berikut adalah rahsia kecantikan wanita-wanita China di zaman purba. Bagi yang ingin mencuba dan mencari rutin kecantikan yang baharu, mungkin anda boleh mencuba rutin kecantikan seperti wanita China zaman purba ini.

Akutekanan Dan Akupunktur

Foto – Klikdokter

Kaedah ini sering di lakukan oleh masyarakat di China ini kerana dengan menggunakan kaedah akupunktur dan akutekanan ia dapat memulihkan tenaga yang mengalir di dalam tubuh badan. Selain itu, kaedah ini juga dapat mendetoxkan kulit, mengaktifkan penghasilan kolagen semula jadi, mengurangkan kesan parut dan meredakan gejala ekzema (masalah radang kulit) dan psoriasis (penyakit kulit seperti berbintik merah, gatal-gatal dan bersisik).

Jade Rollers Dan Face Sculpting Gua Sha

Penggunaan jade roller ini berasal daripada China di mana ia sering di gunakan untuk mengurut dan ia di padankan dengan Gua Sha yang merupakan alat Face Sculpting. Kedua-dua alat ini merupakan aspek penting bagi wanita China di zaman purba dahulu kala, kerana dengan bentuk wajah yang ideal merupakan wajah idaman wanita China dahulu kala.

Tambahan lagi, penggunaan jade sebagai roller wajah dan alat sculpting wajah (Gua Sha) ini dapat membantu wajah wanita kekal terbentuk rapi.

Kacang Hijau

Foto – IDN Times

Penggunaan kacang hijau di dalam kek, mee, sup dan pelbagai sumber makanan yang lain ini, menunjukan bahawa kacang hijau mengambil bahagian yang besar di dalam diet pemakanan masyarakat di China. Selain itu, masyarakat China cukup gemar dengan kacang hijau adalah kerana kacang hijau mampu melegakan gejala seperti jerawat, dan masalah kulit yang lain seperti sakit sejuk dan ruam.

Tambahan lagi kacang hijau ini juga kaya dengan anti-oksidan dan phytonutrients yang di gunakan untuk penggunaan masker dan pelbagai produk rawatan kulit yang lain.

Teh Hijau

Foto – JK Tea Shop

Pasti ramai yang telah sinonim dengan penggunaan teh hijau ini, ya seperti yang sedia maklum masyarakat di China sering meminum air teh herba. Dan setiap jenis teh mempunyai fungsi yang berlainan mengikut jenis dan masalah kulit yang di hadapi.

Seperti teh hijau ianya merupakan teh yang sering di gunakan oleh masyarakat di China kerana teh tersebut memiliki kebolehan sebagai anti-keradangan dan kaya dengan anti-oksidan. Perlu di ketahui dengan meminum air teh hijau setiap hari dapat memberi kesan positif kepada kulit dan dalaman diri juga.

Kunyit

Foto – Alberton Record

Penggunaan kunyit sebagai bahan kecantikan kulit bukan lagi satu perkara yang asing, ia sering di gunakan sebagai masker di wajah. Masyarakat di Indonesia juga menggunakan kunyit untuk di jadikan masker muka, begitu juga masyarakat wanita di China, mereka menggunakan kunyit untuk di jadikan sebagai masker wajah.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, anda boleh cuba mencampur kunyit, susu dan madu untuk di jadikan masker muka. Hasilnya pasti membuatkan wanita jatuh cinta dan tidak berhenti menggunakan kaedah kecantikan ini.

He Shou Wu

Foto – Dragon Herbs

He Shou Wu ini digunakan di dalam perubatan tradisional di China sejak 800 AD (Era Anno Domini). He Shou Wu ini merupakan herba yang di gunakan untuk membantu meremajakan kulit, menebalkan dan memanjangkan rambut. Untuk mendapatkan herba ini anda boleh mendapatkannya di outlet Eu Yan Sang yang berada di seluruh Malaysia atau membeli secara dalam talian di Lazada.

Untuk mendapatkan kesan kecantikan yang bagus, campurkan herba He Shou Wu sebanyak 1/4 sudu teh ke dalam air minuman smoothie atau air teh anda.

Air Beras

Foto – Times of India

Penggunaan air beras di dalam penjagaan kecantikan cukup sinonim bagi masyarakat di China, Korea, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Wanita dan lelaki menggunakan air beras ini untuk membersihkan wajah dan rutin kecantikan ini telah di ikuti sejak turun temurun lagi.

Air beras berfungsi sebagai anti-keradangan, mencerahkan kulit dan dapat membantu menyamai tekstur kulit sekaligus menegangkan kulit.

Kurma Merah Dan Goji Beri

Foto – Healthy World Cuisine

Goji beri memiliki kandungan anti-oksidan yang tinggi dan penggunaan goji beri di dalam diet pemakanan masyarakat di China telah berlangsung selama berdekad-dekad lamanya dan sehingga kini penggunaan goji beri di dalam rangkaian diet pemakanan masih di teruskan.

Menurut seorang model China yang terkenal Liu Wen menyatakan tiap kali Liu Wen pulang ke China, Liu Wen akan membeli kurma merah dan goji beri dengan jumlah kuantiti yang sangat banyak. Liu Wen berkata kurma merah dan goji beri ini sesuai di letakkan di dalam air masak, teh, bubur atau pelbagai jenis masakan lain. Kurma merah dan goji beri dapat membuatkan kulit kekal sihat dan bersinar!

Di harap perkongsian kecantikan kali ini dapat memberi anda sedikit sebanyak pencerahan dalam mencari rutin penjagaan kecantikan yang sempurna dan mendapatkan kulit yang bersih, putih dan berseri bak bidadari.