Info Menarik

9 Hutan Yang Menyeramkan Yang Terdapat Di Seluruh Dunia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
9 Hutan Yang Menyeramkan Yang Terdapat Di Seluruh Dunia

Kisah-kisah yang berunsur-unsur seram, mistik, misteri dan berhantu sememangnya mendapat perhatian ramai. Antara kisah-kisah seram dan mistik yang sering di bualkan adalah, rumah berhantu, vila lama, taman tema berhantu dan macam-macam lagi jenis tempat serta lokasi mistik yang sering menunjukkan aktiviti paranormal ini berlaku.

IKLAN

Kali ini wanista tampilkan kisah-kisah seram yang penuh mistik dan misteri yang terdapat di dalam hutan di seluruh negara. Jadi bagi yang ingin melancong ke luar negara atau dalam negara ingat nama-nama lokasi hutan-hutan mistik ini, jangan tersalah teroka hutan pula.

Berikut adalah 9 hutan-hutan yang penuh dengan kisah mistik dan misteri yang membuatkan anda meremang bulu roma!

#1 Hutan Hoia-Baciu, Romania

Foto – boombastis.com

Hutan ini terletak di barat laut Romania, Hoia-Baciu juga di kenali sebagai “Segi Tiga Bermuda” Romania. Ini kerana terdapat kes-kes kehilangan di dalam hutan ini seperti 200 ekor kambing dan seekor anjing hilang secara tiba-tiba atau seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun yang hilang di dalam hutan ini di temui selepas lima tahun kemudian dengan umur yang sama!

Terlalu banyak kisah-kisah aneh yang berlaku di dalam hutan ini, ada yang melaporkan pelancong yang melawat ke hutan ini seperti di perhatikan dan penduduk tempatan di sekitar kawasan di hutan tersebut sering memberi amaran kepada pengunjung yang mahu memasuki hutan tersebut agar berhati-hati jika tidak mereka tidak akan jumpa jalan keluar.

#2 Hutan Broceliande, Perancis

Foto – France Travel Tips

Fôret de Brocéliande atau hutan Broceliande ini terletak di Brittany, Perancis. Hutan ini sering di kaitkan dengan kisah lagenda Raja Athur, malah kubur Merlin juga khabarkan terdapat di dalam hutan ini. Nah itu bukan isu yang menyeramkan bukan?

Apa yang membuatkan hutan ini menyeramkan adalah di katakan kakak tiri kepada Raja Athur yang merupakan seorang ahli sihir yang bernama Morgan le Fay telah mengurung lelaki-lelaki muda yang tidak setia di dalam hutan ini. Selain itu, pada tahun 1990 lembah di dalam hutan ini pernah terbakar dan memusnahkan daun-daun pokok yang berwarna kuning keemasan dan meninggalkan rupa hutan waktu ketika itu sangat mengerikan.

#3 Hutan Smolensk, Rusia

Foto – Flickr

Pada tahun 1943 semasa perang dunia ke dua sedang berlaku, tentera German memasuki hutan Smolensk ini dan menemui beribu-ribu kubur askar tentera, di anggarkan lebih kurang 20,000 mayat yang di temui pada waktu itu. Bukan itu sahaja, pada tahun 2010 pula berlaku kes tragik di mana sebuah kapal terbang terhempas dan meragut nyawa ke semua 96 penumpang yang terdiri daripada ahli politik, tentera dan ahli perniagaan.

#4 Long Trail Vermont, USA

Foto – greenmountainclub.org

Tapak perjalanan mendaki ini memiliki panjang jarak sepanjang 438 kilometer dan kisah-kisah misteri dan tragik yang pernah berlaku di kawasan pendakian ini adalah seorang pelajar kolej Bennington yang bernama Paula Jean Welden telah hilang di kawasan pendakian di dalam hutan ini pada tahun 1946.

IKLAN

Dan pada tahun 1945 serta tahun 1950 terdapat empat kes kehilangan pendaki telah di laporkan. Kehilangan mereka menjadi tanda tanya dan masih lagi misteri sehinggalah ke hari ini.

#5 Hutan Schwarzwald, German

Foto – Bavarian Clockworks

Seperti namanya Schwarzwald yang bermaksud hitam atau Hutan Hitam ini memiliki kisah-kisah misteri dan mistik yang tersendiri. Di katakan hutan ini tersimpan legenda tentang serigala jadian, ahli sihir dan syaitan. Di katakan di dalam hutan ini terdapat penampakan seorang lelaki yang rupa yang tidak dapat di kenali dengan mata yang terkeluar merayau di dalam hutan ini. Selain itu, terdapat juga kanak-kanak yang memasuki hutan ini untuk meluahkan segala dosa yang mereka lakukan dan tidak keluar langsung dari hutan tersebut!

#6 Hutan Pine Barrens, USA

Foto – Philadelphia Magazine

Hutan yang terletak di New Jersey ini di penuhi dengan pokok-pokok pine yang tidak sihat dan penuh dengan asidik serta rendah nutrisi. Di dalam hutan yang di selubungi dengan aura yang menyeramkan seolah-olahnya tempat tersebut mempunyai penunggu! Menurut satu legenda yang terdapat di dalam hutan tersebut, makhluk yang menyeramkan dengan kepalanya kelihatan seperti kambing, memiliki sayap seperti kelawar dan tangan seperti cangkuk membuatkan ia satu kisah misteri dan mistik yang menakutkan. Oleh itu, bagi yang ingin mengunjungi tempat ini, anda harus berhati-hati!

#7 Hutan Blairadam, Scotland

Foto – ROBBIE2MS

Hutan ini sememangnya terkenal dengan pelbagai kisah-kisah menyeramkan sejak era zaman Viktoria lagi. Di laporkan terhadap fenomena aneh di mana keluarga Wilson telah mendaki di hutan ini dan berpiknik, sejurus mereka pulang dari aktiviti tersebut anak-anak dari keluarga Wilson menghidapi selesema tanpa henti dan mereka melihat gambar-gambar yang telah di ambil semasa mereka berpiknik dan mendaki di dalam hutan tersebut. Apa yang mengejutkan adalah terdapat sebuah entiti yang berpakaian zaman viktoria yang memandang anak-anak keluarga Wilson dengan pandangan yang mengerikan!

#8 Pulau Patung, Mexico

Foto – Top Tenz

Pulau patung ini merupakan tempat yang paling mengerikan dan menyeramkan yang terdapat di dunia ini. Pulau ini merupakan pulau yang kecil di bahagian selatan Mexico. Seperti namanya, pulau ini di penuhi dengan koleksi patung-patung, kepala patung dan anggota badan patung yang di gantung pada pokoko-poko hutan. Di katakan penduduk pernah mendengar suara-suara bisikan patung-patung ini! Ianya cukup mengerikan dengan lambakan patung-patung yang tergantung di pokok dan kini di tambah pula dengan bisikan di antara patung-patung. Woah, seram beb!

#9 Bukit Taman Tawau, Malaysia

Foto – Sabah Tourism Board

Hutan taman yang tebal di Tawau, Sabah ini memiliki pokok-pokok yang tertinggi di dunia dan antaranya adalah pokok meranti kuning. Malah tempat ini juga sering di kunjungi oleh para pelancong dalam dan luar negara. Siapa sangka terdapat kisah mistik dan misteri di dalam hutan taman di Malaysia ini!

Penduduk tempat mempercayai bahawa hutan ini berhantu dan semangat-semangat yang terdapat di dalam hutan ini akan mula berkeliar pada waktu malam. Jika anda berani untuk menjejakkan kaki di hutan taman ini pada waktu malam pasti anda tidak dapat keluar dari situ dengan mudah! Kerana terdapat kes kehilangan berlaku di hutan taman tersebut dan kebanyakannya hilang di sekitar kawasan air terjun tersebut. Seramnya!

Jadi bagi yang ingin melancong ke luar mahupun dalam negara, berhati-hati dengan lokasi-lokasi hutan yang wanista kongsikan ini. Jangan ada yang cuba-cuba berani untuk memasuki hutan ini pada waktu malam, jika tidak padahnya tiada siapa yang tahu.