Hiburan

Fun Fact Filem Rocketman Yang WAJIB Anda Ketahui!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Fun Fact Filem Rocketman Yang WAJIB Anda Ketahui!

Kemunculan industri muzik mampu mendominasi seluruh dunia dan ianya bukan hanya omong kosong sahaja, lihat bagaimana artis-artis seperti Michael Jackson, John Lennon, Elton John dan ramai lagi artis legend tersohor dunia menggegarkan pentas muzik dengan lagu-lagu hitz mereka!

Menyentuh tentang artis legend tersohor dunia Elton John, filem “Rocketman” ini merupakan biopic mengenai jalan hidup tentang dirinya sendiri. Ceritera kisah yang penuh warna warni ini di abadikan menerusi perfileman “Rocketman” ini.

Berikut sedikit cebisan fun facts tentang filem “Rocketman” yang wajib anda Ketahui!

#1 Taron Egerton Bawa Watak Elton John Di Dalam Filem “Rocketman”

Di dalam filem ini, Taron Egerton membawa watak sebagai Elton John yang merupakan seorang prodigi di akademi seni yang di sertainya. Menariknya Taron juga merupakan alumni daripada akademi yang pernah Elton duduki dahulu iaitu Royal Academy of Dramatic Art di London.

#2 Filem “Rocketman” Mengambil Masa Yang Lama Untuk Di Hasilkan

Foto – blog. Cloud flare.com

Di sebalik kejayaan filem biopic Elton John yang mula mendapat perhatian di panggung luar negara pada tahun 2019 ini, segala jerih perit hasil kerja staf, pihak produksi dan impian Elton sendiri tercapai.

Filem ini mengambil masa hampir dua dekad lamanya untuk di hasilkan. John dan Furnish menghabiskan segala tenaga dan usaha  mereka bagi menghasilkan filem ini. Setelah mengalami jatuh bangun, akhirnya pada tahun 2012 gerak kerja filem ini mampu bernafas dan mula beroperasi.

#3 CEO Paramount Pictures Beri Dana Kewangan

Taron Egerton memainkan dua buah lagu Elton John dan rakaman demo video lagu tersebut berjaya memenangi hati CEO Paramount pictures dan sekaligus berjaya mendapatkan dana kewangan daripada Paramount Pictures.

#4 Lagu ‘Your Song’ Di Tulis Di Apartment Ibu Elton

Lagu yang berjudul ‘Your Song’ yang di mainkan di dalam filem ini di tulis oleh Bernie di sebuah kertas yang mempunyai kesan kopi di atasnya. Dan Elton pula melengkapkan lagu tersebut dengan alunan melodi yang di ilhaminya berdasarkan bait-bait lirik yang di tulis oleh sahabatnya itu. Menariknya kerja-kerja mereka ini di buat di dalam apartment milik ibu Elton!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem “Rocketman” ini, filem yang berinspirasikan perjalanan hidup penyanyi tersohor dunia Elton John yang penuh dengan warna-warni rencah kehidupan.