Mahu rumah kelihatan bergaya, mewah, santai atau luas? Tetapi keluasan dan ruang di dalam rumah studio anda terhad, jadi bagaimana mahu kecapi semua ini? Sebenarnya untuk mendekorasi murah bukanlah merumitkan cuma anda perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mendekorasi dalaman rumah mengikut citerasa yang di ingini!
Berikut adalah 12 jenis idea dekorasi yang anda boleh guna pakai dalam menghias rumah, terutama bagi yang tinggal di dalam rumah jenis studio. Idea dekorasi ini pasti dapat membantu anda dalam mendekorasikan rumah impian anda dengan penuh gaya!
Gunakan Rak Buku Sebagai Pembahagi Ruang
Bagi rumah jenis studio ini kadang kala sukar untuk kita membuat pelan lantai rumah. Oleh itu, untuk mendapatkan pelan lantai yang bagus adalah dengan menggunakan perabot yang besar seperti rak buku sebagai pembahagi ruang dan sekaligus sebagai penyimpan ruang untuk barang-barang anda yang lain!
Jadikan Katil anda kepada ‘Daybed’
Jika anda memiliki ruangan yang sempit, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan menukar katil anda kepada ‘daybed’. Di mana anda menggunakan katil sebagai sofa semasa siang dan ini dapat menjimatkan ruang di dalam rumah studio anda! Kini terdapat pelbagai jenis idea dalam menghasilkan rekaan ‘daybed’. Apa yang perlu cuma kreativiti dan imaginasi mengikut citarasa diri anda sendiri.
Pilih Wallpaper Yang Cerah/Ketara
Meski rumah studio anda tidak mempunyai ruang yang besar, anda boleh mengkaburi dengan pemilihan wallpaper yang berwarna cerah atau bentuk wallpaper yang ketara agar ruang kelihatan luas dan lapang. Oleh itu, cari wallpaper yang menarik dan sekaligus dapat memberikan kesan rasa ruang yang luas dan lapang kepada anda.
Reka Loteng Sendiri!
Jika rumah studio anda memiliki siling yang tinggi, anda boleh mencuba membina loteng sendiri! Ya, jangan khuatir untuk mereka bentuk loteng di dalam rumah studio tidak sukar, anda cuma perlu bijak dalam memanipulasi ruang yang ada di dalam rumah anda.
Seperti contoh, bina loteng yang tinggi mengikut keluasan dan ruang yang anda inginkan. Di bahagian atas loteng, anda boleh jadikan ia sebagai tempat tidur anda, manakala di bahagian bawah loteng pula mungkin anda boleh jadikan ia sebagai ruang untuk anda membuat kerja atau apa-apa saja mengikut citarasa anda sendiri.
Bina Ruangan Almari Simpanan Sendiri
Rumah studio sememangnya sering mempunyai ruang yang limit, meskipun begitu ia bukan penghalang untuk anda miliki ruangan almari untuk menyimpan pakaian, aksesori dan kasut anda! Bina almari simpanan sendiri mengikut ukuran ruang yang terdapat di dalam rumah studio anda!
Pastinya anda akan berpuas hati dengan almari simpanan yang lebih banyak ruang simpanan berbanding anda membeli almari sedia ada. Selain itu dengan membina almari simpanan mengikut ukuran ruang, anda dapat mendekorasi rumah studio dengan lebih baik.
Jadi Kreatif dengan Pemilihan Rak!
Untuk menampkan rumah anda lebih gah dan bergaya, pemilihan barangan serta perabot untuk mendekorasi rumah perlulah bersesuaian serta kreatif. Seperti contoh penggunaan rak dengan rekaan yang unik dan menarik pasti mampu membuatkan suasana di dalam rumah lebih bergaya dan mempersonakan. Malah anda sendiri merasakan rumah studio seperti ala-ala galeri gitu!
Basikal Merupakan Seni
Nah, jika anda memiliki basikal di dalam rumah studio anda, jangan biarkan ia di dalam stor. Pamerkan basikal dengan menggantung basikal anda di dinding rumah, ia akan kelihatan seolah-olah seperti pameran basikal! Dan idea ini juga merupakan salah satu mendekorasi yang unik dengan elemen kontemporari!
Jangan Pernah Takut Untuk Memilih Dekorasi Seni
Pasti ramai yang tinggal di dalam rumah studio merasakan pemilihan dekorasi seni tidak sesuai untuk di letakkan di dalam rumah studio yang sempit. Tetapi anda tidak perlu takut untuk memilih dekorasi seni seperti lukisan seni yang besar untuk di gantung di dinding rumah. Anda cuma perlu bijak memilih jenis lukisan yang bagaimanakah yang sesuai untuk di letakkan di dinding dan kena dengan tema yang anda inginkan.
Langsir Juga Merupakan Pembahagi Ruang Yang Bagus!
Bagi yang ingin langkah dekorasi yang mudah, penggunaan langsir sebagai pembahagi ruang merupakan idea yang bijak. Malah lebih menjimatkan penggunaan ruang dan memberi suasana peribadi yang tersendiri kepada si pemilik. Biasanya penggunaan langsir di gunakan untuk membahagi ruangan bilik tidur, ruangan tempat kerja atau ruangan rehat.
Gunakan Setiap Ruang Yang Ada
Dalam mendekorasi rumah studio, anda perlu bijak dalam menggunakan setiap ruang yang terdapat di dalam rumah studio anda. Kenal pasti ruang dan gunakannya dengan penuh teliti mengikut pelan yang anda telah rancangkan. Ambil segala idea-idea d.i.y yang bersesuaian mengikut ruang serta ukuran yang terdapat di dalam rumah studio.
Rak Dinding Bantu Jimatkan Ruang
Penggunaan rak dinding semakin meningkat kerana dapat menjimatkan ruang serta dengan kepelbagaian jenis rak dinding membuatkan rekaan di dalam ruang bertambah ceria dan segar. Jadi jangan berlengah lagi, gunakan rak dinding untuk mendekorasi rumah studio anda sekarang!
Pilih Perabot Dengan Dual Fungsi!
Kini terdapat pelbagai jenis perabot dengan dual fungsi seperti katil dengan fungsi tempat penyimpanan barang di bawahnya, atau sofa boleh menjadi katil, atau meja boleh menjadi berubah saiz dan macam-macam lagi! Anda cuma perlu cari dan lihat mana yang bersesuaian untuk di letakkan di dalam rumah studio anda.
Di harap idea dekorasi ini dapat di guna pakai untuk anda yang tinggal di dalam rumah studio! Ingin jangan limitkan daya kreatif anda hanya keran ruang yang anda miliki sempit atau kecil, lihat dari sudut yang positif dan cari pelbagai idea yang menarik dalam mendekorasi studio kecil anda!