Dekorasi, Fesyen

Kedai Konsep FERN Batik Tampil Dekorasi Warna-Warni Yang Memikat

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Kedai Konsep FERN Batik Tampil Dekorasi Warna-Warni Yang Memikat

Rumah batik yang disegani, FERN, telah melancarkan kedai konsep pertama di Bangsar Shopping Centre.

FERN, label batik terbentuk selepas memenangi Fashion Pitch 2013, sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh MyCreative Ventures, sebuah cabang pelaburan kerajaan yang bertujuan untuk merangsang industri kreatif di Malaysia. Pengasas dan pereka Fern Chua yakin bahawa batik dapat dihargai oleh ramai orang, walaupun dengan aliran perubahan yang berlaku dalam industri fesyen hari ini. Fern Chua memberitahu setiap inspirasi untuk rekaannya adalah menerusi pengalaman serta pengembaraan ke negara eksotik.

Kedai Konsep FERN Batik. Foto – Arkib Wanista

Tidak hanya tertumpu kepada gaya tradisional, FERN membuat transformasi menghasilkan rekaan ready-to-wear yang boleh dipakai harian dan paling penting selesa. FERN mewujudkan pakaian mewah dan berkualiti yang serba boleh dan mudah, namun masih kekal elegan dan halus. Bayangkan fabrik batik dijadikan kaftan, blouse, flare pants, skirts, long dress serta pelbagai lagi yang memikat si pemakai.

Pilihan fabrik batik yang berwarna-warni memberi  suasana ceria. Foto – Arkib Wanista

Kedai Konsep FERN Batik

Kedai konsep FERN Batik + Artisanal Collective menawarkan warna pastel yang lembut, hijau yang subur serta bahan inspirasi tempatan seperti rotan dan buluh. Reka bentuk estetika yang menyenangkan dan warna kedai ditambah dengan warna hijau semula jadi dan tekstur yang berbeza mencerminkan jenama kerana ia memainkan peranan besar FERN dalam semua koleksinya yang berwarna-warni, menonjol walaupun dari jauh.

Mengetengahkan dekoration pastel dengan permainan rotan dan buluh. Foto – Arkib Wanista
Ruang menunggu disediakan untuk pelanggan. Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Lokasi : UGF-17A, Upper Ground Floor, Bangsar Village II, No. 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.

Masa : 10.00am – 10.00pm (Setiap Hari)