Fesyen

6 Kali Fesyen Mewah Deepika Padukone Di Lapangan Terbang Pukau Netizen

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
6 Kali Fesyen Mewah Deepika Padukone Di Lapangan Terbang Pukau Netizen

Bercakap tentang fesyen selebriti Bollywood, kita tidak dapat lari daripada fesyen aktres cantik manis Deepika Padukone. Deepika bukan sekadar pro dalam memainkan trend terbaru, tetapi juga bijak menyuai padan sehingga membuatkan ia menarik di mata netizen.

Isteri kepada aktor Ranveer Singh ini tahu cara yang betul untuk berpakaian dengan baik dan menjadi tumpuan lensa di mana sahaja berada. Kita ambil contoh fesyennya di Festival Cannes baru-baru ini sehingga dipilih sebagai ‘best dressed” oleh Majalah Vogue. Tidak hanya karpet merah atau promosi filem, malah apabila gaya kasual atau fesyen lapangan terbang, Deepika Padukone sentiasa mewah bergaya.

Baca : Artis Hollywood Pun Kalah! Fesyen Deepika Padukone Paling Gah Di Cannes 2019

5 antara yang menarik perhatian Wanista ialah…

#1 Tampil bergaya formal di lapangan terbang

Foto – Times

#2 Kot label mewah Burberry melengkapkan gaya Deepika

Foto – Times

#3 Ensemble hitam memang cukup menawan sekali

Foto – Pinterest

#4 Tinggi lampai, tubuh badan langsing yang ‘sedap-sedap’ memang bikin cemburu

Foto – Twitter

#5 Padanan sweater dan skirt membuatkan Deepika nampak muda dan segar

Foto – Pinterest

#6 Ringkas dengan crop top, flare pants dan sneakers

Foto – Zoom India

Antara semua gaya, kombo sweater dan skirt paling penulis berkenan sekali – beri penampilan manis dan muda belia!