Review - Filem

Filem Review – Misteri Kuntilanak 2 Di Hutan Terlarang Kembali Menghantui!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Filem Review – Misteri Kuntilanak 2 Di Hutan Terlarang Kembali Menghantui!

Filem Kuntilanak 2 kali ini kembali menghantui pawagam tempatan! Dengan garapan dan jalan ceritanya yang unik dan penuh dengan identiti tersendiri. Kuntilanak 2 yang mempamerkan barisan pelakon yang sama seperti sekuel filem yang pertamanya iaitu Kuntilanak. Iaitu Sandrinna Michelle sebagai Dinda, Andryan Bima sebagai Kresna, Alif Fikry sebagai Miko, Abdul Fehrezi sebagai Panji, Ciara Nadine Brosnan sebagai Ambar, Susan Sameh sebagai Julia, Maxime Bouttier sebagai Edwin dan Karina Suwandhi sebagai Karmila.

IKLAN

Mencari Kebenaran

Di perjalanan cerita, tampilnya watak “Ibu Karmila” yang menyatakan bahawa dirinya adalah ibu kandung kepada “Dinda”, betul ke? Pelbagai tanda tanya serta soalan yang berlegar di ruangan kotak fikiran penulis. Pastinya ada yang tidak kena dengan watak ini di tambah pula dengan babak kuntilanak di bebaskan di awal cerita! Demi mencari kebenaran, kisah silam di selongkar dan semuanya bakal terjawab.

Kuntilanak Di Bebaskan!

Permulaan cerita membuatkan penulis menjadi tanda tanya terhadap babak jampi serapah dan sihir! Rupa-rupanya demi membebaskan si Kuntilanak, pemujaan di lakukan. Tapi berbaloi ke? Jawapannya.. Sedari awal-awal penampakan Kuntilanak ini, telah bermulanya sebuah tragedi ke atas keluarga yang harmoni ini!

Seram Tapi Lucu!

Dipermulaan cerita Kuntilanak 2 ini cukup membuatkan tengkuk penulis seram sejuk! Mana tidaknya, sedari mula filem di tayangkan aksi penyembahan berbentuk sihir dan bacaan jampi-jampian serta fokus kamera yang tepat membuat mata penulis tidak boleh lari dari memerhati secara serius terhadap babak yang bakal berlaku di hadapan mata. Di tambah pula dengan celoteh-celoteh adik-beradik Dinda yang lucu membuatkan filem memiliki elemen seram dan lucu di dalamnya.

Sinopsis

Seorang wanita yang bernama Karmila datang ke rumah Ibu Dona dan menyatakan bahawa dirinya adalah ibu kandung kepada Dinda. Karmila mahu Dinda mengunjunginya di rumahnya yang terletak di dalam hutan. Dan Dinda pula mahu meluangkan masa bersama ibu kandungnya meskipun Ibu Dona agak skeptikal tentang Karmila yang mengaku sebagai ibu kandung Dinda. Walaupun begitu, Ibu Dona tetap membenarkan Dinda pergi melawat Karmila dengan di temani dengan adik-beradiknya, Julia dan Edwin untuk melawat Karmila. Tetapi Sejurus mereka tiba di sarang Kuntilanak tersebut, mereka perlu mencari jalan keluar dari tempat yang bahaya ini!

Bagi yang belum atau bakal menonton filem Kuntilanak 2, anda harus kuatkan jantung anda! Yang pasti filem tidak akan mengecewakan anda. Saksikan filem Kuntilanak 2 di panggung wayang berhampiran anda!

IKLAN