Makanan

Merepeknya, Lihat Benda Jijik Dicipta Daripada Buah Durian

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Merepeknya, Lihat Benda Jijik Dicipta Daripada Buah Durian

DURIAN.

Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”. Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak, manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan sehingga telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Kalau sebelum ini semua orang sibuk mengeluarkan makanan dan minuman daripada boba, kini muncul pula durian, sesuai sangat dengan musimnya yang sedang berlaku sekarang. Wanista kongsikan beberapa makanan serta minuman yang diperbuat daripada durian yang langsung tak masuk dek akal.

Durian Whiskey

Bukan di Malaysia tapi Singapura. Produk yang pertama kali dilancarkan di Singapura dikatakan daripada 100% keenakan, lemak dan segar buah durian Musang King.

Foto – Business Insider

Burger Durian

Pasti demam teruk siapa yang makan burger durian. Kedai burger yang terkenal di Pulau Pinang, Ric Burger telah memperkenalkan Musang King Durian Burger! Burger yang terdiri daripada keju Mozarella yang dilapisi dengan telur dan serbuk roti, kemudian digoreng sempurna. Atasnya dicurah dengan sos durian Musang King yang meleleh panas.

Foto – Hype Malaysia

Coklat Durian

Tular di media sosial apabila jenama popular Cadbury mengeluarkan coklat berperisa durian ternyata memberi mimpi indah untuk individu yang kemaruk durian.

Foto – Hype Malaysia

Tealive Durian

Tealive tampil memperkenalkan siri minuman durian yang terdiri daripada Duriang Coco, Duriang Milk Tea dan Duriang Smoothie.

Foto – Tealive

Antara kesemua di atas, yang mana anda dah cuba?