Berita & Isu Semasa

Natalie Portman Jadi “Thor” Versi Perempuan, Netizen Teruja

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Natalie Portman Jadi “Thor” Versi Perempuan, Netizen Teruja

Banyak kejutan berlaku di festival San Diego Comic Con pada hujung minggu lalu, dan salah satunya adalah Natalie Portman muncul kembali dalam Thor: Love and Thunder. Bukan sahaja kerana dia kembali selepas Thor 1 dan 2, tetapi Natalie diumumkan menjadi Thor versi wanita.

Aktres berbakat itu akan memainkan watak sebagai Jane Foster, mengambil peranan Thor dan kuasa Mjolnir. Jalan cerita Thor: Love and Thunder didasarkan pada kisah The Mighty Thor yang ditulis oleh Jason Aron. Filem Thor 4 ini akan diarahkan oleh Taika Waititi yang menjelaskan untuk plot kali ini penuh dengan emosi, cinta, kepincangan dan semestinya watak Thor versi wanita.

Seperti yang diketahui, Natalie Portman menjadi Jane Foster sejak Thor (2011) dan Thor: The Dark World (2013). Selepas itu, dia meninggalkan Marvel Cinematic Universe selama 6 tahun.

Foto – Marvel Cinematic Universe Wiki

Menerusi Avengers: Endgame diberitahu bahawa Thor telah meninggalkan New Asgard dan Valkyrie yang memimpin kerajaan itu, namun belum diketahui bagaimana Jane menjadi Thor. Peminat komik semestinya sudah mengetahui Jane Foster adalah The Mighty Thor. Dalam plot cerita sebelum ini, Thor kehilangan kuasa dan menafikan namanya. Foster mengambil tukul Mjolnir dan menjadi Goddess of Thunder, juga akhirnya mengambil nama Thor.

Ternyata pengumuman itu mendapat reaksi positif netizen malah teruja dengan kemunculan semula Natalie Portman yang pasti tidak akan mengecewakan peminat Thor.

Terutamanya Natalie pernah menjelaskan dia sudah muak dengan siri Marvels. Netizen tidak dapat lari daripada berjenaka tentang jenis kuasa apa yang ada pada aktres yang pernah merangkul Oscars ini sampaikan dia muncul kembali dan menjadi Thor.

Thor: Cinta dan Thunder akan menguasai pawagam pada 5 November 2021.