Syarikat KK semakin maju di dalam industri peruncitan apabila perniagaan KK Super Mart yang di bina menjadi rangkaian kukuh kepada pengguna di seluruh Malaysia. Kedai Runcit KK Super Mart yang merupakan kedai serbaneka 24 jam di Malaysia, dengan lebih 9,000 produk keperluan asas harian di jual di seluruh 400 cawangan KK Super Mart.
Kini di arus pemodenan, syarikat KK mengambil langkah mentransformasikan kedai runcitnya agar ia bersesuaian dengan gaya hidup semasa masyarakat kini.
Kedai Konsep KK merupakan kedai tempatan pertama di Malaysia dengan konsep penyediaan makanan yang siap di sedia untuk di makan dengan objektif memberikan makanan segar dan tersedia untuk di makan dengan lebih daripada 100 jenis pilihan makanan beserta dengan harga yang berpatutan.
Bukan itu saja, di kedai konsep ini juga menyediakan pelbagai jenis barangan untuk memenuhi keperluan setiap pengguna.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan daripada Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata
Kedai Konsep KK adalah satu pencapaian yang besar untuk syarikat ini dan juga untuk pasaran kedai serbaneka di Malaysia.
Kami berhasrat untuk menyediakan menu makanan eksklusif yang mudah diperolehi dan bernilai untuk wang anda.
Kami juga menawarkan satu pengalaman yang unik semasa membeli – belah, semasa menjamu selera, serta perkhidmatan berkualiti kepada setiap pelanggan.
Menariknya Kedai Konsep KK ini memiliki ruangan kafe yang luas dan selesa di tingkat dua di dalam kedai serbaneka ini. Kafe ini merupakan sebuah kafe kontemporari yang di kenali sebagai B Café. Dengan keluasan sebanyak 1,000 kaki persegi ia mempamerkan ruang kafe yang selesa dan santai.
Di dalam kedai serbaneka ini terdapat beberapa bahagian yang telah di transformasi seperti kaunter bar sandwich, kaunter makanan segar seperti Asam Pedas Oden, Hainanese Chicken Chop, Nasi Ayam Rendang Bento, kaunter air bubble tea dan kopi, bahagian makanan ringan, rak roti dan bahagian barangan keperluan asas harian.
Menerusi pelancaran Kedai Konsep KK yang pertama di hadapan Plaza Low Yat ini, para pelanggan dapat membeli-belah dengan mudah atau menikmati makanan di B cafe yang terletak di tingkat dua di dalam Kedai Konsep KK ini.
Sempena pembukaan kedai ini, promos beli 1 Percuma 1 juga di lancarkan untuk semua item makanan di B Café yang Bermula dari 20 Julai sehingga 22 Julai 2019. Dan 20% diskaun di tawarkan untuk semua set bento daripada 23 Julai sehingga 11 Ogos 2019.
Manakala 12 Ogos sehingga 31 Ogos 2019 sebanyak 20% diskaun ke atas semua sandwich!