Tips - Kesihatan

Hanya Makan Sebiji Buah Kiwi Anda Boleh Miliki 100% Vitamin C!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Hanya Makan Sebiji Buah Kiwi Anda Boleh Miliki 100% Vitamin C!

Tahukah anda Vitamin C adalah penggalak imuniti tubuh badan yang terbaik. 

Vitamin C merupakan elemen penting dalam pemakanan seharian kerana ia menguatkan sistem imuniti dan melindungi badan daripada jangkitan penyakit selesema, di samping juga memberikan manfaat kesihatan lain, termasuk;

  • Menggalakkan bekalan oksigen mengalir ke seluruh badan, memperbaiki sel-sel badan dan organ dalaman (seperti kulit, tulang dan otak)
  • Membantu dalam penyerapan zat besi di mana ia meninggikan daya hidup
  • Memperbaiki metabolisme, meningkatkan tahap tenaga mental dan fizikal
Foto – Kiwi Zespri

Bagaimana nak mendapatkan khasiat Vitamin C itu? Dengan hanya 1 buah kiwi Zespri sehari, anda boleh skor 100% Vitamin C secara harian!

  • 1 buah kiwi Zespri SunGold (bersaiz sederhana) mengandungi 193mg Vitamin C setiap 100g isi buah
  • 1 buah kiwi Zespri Green (bersaiz sederhana) mengandungi 85mg Vitamin C setiap 100g isi buah

Buah kiwi Zespri merupakan sumber serat (tidak larut dan larut) yang meningkatkan tabiat usus, mengurangkan rasa kembung dan menyumbang kepada keseimbangan positif keseluruhan dalam enzim usus dengan merangsang pertumbuhan bakteria berfaedah sambil menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan.

Mendapatkan vitamin yang mencukupi setiap hari tidak seharusnya menjadi tugas yang sukar! Penulis kongsi tips anda boleh ikut..

Tambah kebaikan buah kiwi dalam minuman

Kita sedia maklum bahawa kita perlu minum air yang mencukupi setiap hari, tetapi mengapa minum air biasa tanpa perasa jika kita boleh menghilangkan dahaga dengan air yang dicampur dengan kelazatan buah-buahan! Sama ada dalam botol air harian anda, ataupun dalam jag kaca yang menarik di atas meja makan, air yang dicampur dengan buah kiwi adalah cara terbaik untuk menggalakkan kita untuk terus terhidrat sepanjang hari (terutamanya dalam cuaca panas!) di samping memanfaatkan nilai Vitamin C dalam buah kiwi!

Foto – Arkib Wanista

Selit buah-buhan dalam pelbagai hidangan

Buah-buahan biasanya dimakan untuk rasa manisnya, tetapi sebenarnya ada banyak cara anda boleh menyelitkan buah kiwi Zespri ke dalam pelbagai jenis hidangan. Sebagai contoh dimasukkan dalam salad, dicampur atau dikisar ke dalam sos. Sama ada disajikan dengan dadih, di atas kek atau pastri, dalam salad buah-buahan, atau dalam puding, khasiat buah kiwi Zespri tidak boleh diperlekehkan!

Foto – eatsmarter.com

Bawa buah kiwi di mana sahaja

Cara termudah untuk makan buah kiwi? Potong separuh dan tinggalkan kulit kiwi sebagai ‘mangkuk’ sambil menggunakan sudu untuk mencedok isi buah. Dengan cara ini, anda boleh senang memotong, mencedok dan menikmati kelazatan buah kiwi di mana sahaja anda berada! Sama ada untuk meningkatkan daya tumpuan anda semasa bekerja, atau apabila anda memerlukan sesuatu untuk mengisi semula tenaga selepas senaman, buah merupakan snek terbaik yang boleh anda makan.

Foto – wikiHow

Abaikan snek kalori tinggi dan pilihlah kiwi, di mana kebaikan semulajadi buah-buahan boleh mengisi semula tenaga dan meningkatkan daya tahan tubuh anda!