RAGE merupakan sebuah nama yang semakin meningkat naik di kalangan penggemar kopi di Malaysia. Mana tidaknya dengan penghasilan pelbagai jenis variasi aromatik kopi di tambah pula dengan suasana bar kopi yang begitu cozy memberikan kelainan kepada pengunjung yang datang untuk menikmati kopi dan sekaligus menenangkan fikiran.
Menariknya, RAGE mempunyai konsep serta elemennya yang tersendiri. Jevin Singh merupakan pengasas dan CEO RAGE berkata, kafe ini bukan sekadar kafe biasa yang menawarkan variasi kopi kepada pelanggan tetapi ia juga memfokuskan kepada teknologi dan juga komuniti. Sesuai dengan tiga rangkai cogan kata kafe RAGE ini iaitu Relaxing, Revitalize. Relationships.
Kafe RAGE yang terletak di tengah-tengah pusat ibu kota di Bangsar, Kafe ini berada di dalam Menara UOB dan sememangnya lokasi yang strategik buat pekerja yang inginkan ruang untuk melepaskan tekanan dan mencari ketenangan. Dan pencinta kopi wajib untuk berkunjung ke kafe ini untuk menikmati aroma kopi yang harum.
Selain itu, di dalam kafe RAGE ini juga memiliki “Ruang RAGE” di mana di ruang ini pengunjung dapat melepaskan segala tekanan kehidupan dengan menggunakan sand punching bag yang di sediakan di dalam kafe ini.
Dan menerusi ruang RAGE ini juga, pengunjung secara tidak langsung dapat berkumpul di bawah satu komuniti dan berinteraksi serta mengenali dengan pengunjung lain dari pelbagai latar belakang yang sama-sama ingin mendapatkan ketenangan dan kopi di RAGE kafe ini.
Terbaru, kafe ini telah memperkenalkan aplikasi mereka sendiri yang di beri nama DrinkRage App. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma di Google Store dan App Store. Menariknya dengan adanya aplikasi ini, peminat kopi dapat membeli kopi menerusi aplikasi ini dengan mudah dan dalam masa yang sama pengguna juga dapat customize air minuman anda sendiri menerusi aplikasi ini!
Malah RAGE juga menawarkan penghantaran kopi bagi yang membuat pesanan menggunakan aplikasi ini. Buat masa ini penggunaan teknologi aplikasi seperti ini menawarkan penghantaran di sekitar kawasan KL Sentral dan stesen LRT Bangsar. Penghantaran yang tanpa sebarang cas penghantaran ini akan menghantar pesanan kopi terus ke pejabat anda dengan mudah dan pantas! Hebat bukan?
Berita baik buat anda yang telah memuat turun aplikasi minuman RAGE di dalam telefon bimbit pintar anda dan sekaligus membuat pesanan minuman kerana bermula 22 Julai sehingga 18 Ogos 2019 ini, RAGE menawarkan harga promosi untuk produk minuman kopinya seperti RM5 untuk Black Coffee, RM6 untuk White Coffee dan Matcha, serta RM7 untuk minuman speciality RAGE. Bagi yang ingin menggunakan susu sebagai pilihan anda perlu menambah nilai sebanyak RM2 sahaja.
Kafe RAGE ini terdapat di beberapa lokasi yang lain dan anda boleh lawati kafe ini jika ianya berhampiran dengan anda!
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kafe RAGE yang berhampiran dan rasai kopi yang penuh dengan aroma yang harum serta lepaskan kepenatan diri di Ruang RAGE yang terdapat di dalam kafe gempak ini!