Hotel selalunya tampil dengan konsep korporat, pemilihan warna seperti putih, hitam, krim, jarang sekali bermain dengan warna-warna terang. Tetapi lain pula untuk hotel yang baru sahaja dibuka di Kuala Lumpur ini. citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang memang luar biasa penangannya! Sekali datang pasti nak datang lagi berlibur di sana.
Nama Diberi citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang
Yang pertama buka di Asia Tenggara, citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang dinamakan sempena daerah tersebut – umumnya Bukit Bintang terkenal dengan tempat membeli-belah, hiburan dan tempat makan. Ia adalah pintu masuk tetamu ke pusat makanan, fesyen dan keseronokan, dengan kuil-kuil dan pasar jalanan, peluang yang sempurna untuk menikmati pengembaraan budaya sebelum kembali ke hotel untuk beristirehat.
Di lokasi Bukit Bintang yang menarik, pelancong dapat memaksimumkan masa lapang dan masa kerja mereka. Jalan Alor, hanya 100 meter dari hotel ini, adalah sebuah jalan yang terkenal dengan restoran dan gerai-gerai jalanan – tempat yang bagus untuk mengenali budaya dan suasana setempat.
Permainan Warna Hiasi Ruang Legar Lobi
Tidak bosan dan suram, citizenM tampil dalam permainan warna-warna pelangi di setiap genap ruang – dari luar bangunan sehingga ke dekorasi hiasan dalaman, sekaligus memberikan pemandangan yang menarik serta bergaya kepada para tetamu. Ruang tamu tampil siling hasil seni lukisan artis tempatan, karpet dedaunan, aneka bantal empuk berlainan corak, seni arca unik, koleksi buku dari serata dunia menghiasi bagi mengatasi suasana sunyi – semuanya mewakili warna dan alam semulajadi yang sinonim dengan Malaysia.
Kemudahan Untuk Rombongan Perniagaan
Untuk membuat business trip lebih mudah, citizenM didatangkan lengkap dengan bilik mesyuarat – tiga ruang mesyuarat kreatif yang langsung berbeza dengan konsep tradisional ‘bilik mesyuarat’. Di sini diletakkan deko vintaj memenuhi ruang, perabot Vitra, seni dan hiasan berwarna-warni, peralatan AV, alat tulis dan variasi minuman. Boleh memuatkan sekumpulan ramai, setiap bilik-bilik ini boleh ditempah untuk mesyuarat penuh atau setengah hari, bengkel, persembahan, wawancara, katering dan pelbagai lagi acara yang disediakan atas permintaan.
Bilik Praktikal Yang Serbaguna
Perbezaan utama antara hotel tradisional dengan citizenM adalah kepelbagai bilik. Hotel biasa mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis bilik. Manakala di citizenM hanya mempunyai satu bilik yang sesuai untuk segenap aliran kelompok rombongan.
Setiap bilik tidur mempunyai katil bersaiz XL, selimut dan bantal, serta pancuran mandian hujan dan tuala tebal. Sebuah TV pintar, tirai gelap, pelbagai palam dan perabot Vitra merangkumi semua keperluan. Seluruh bilik dikawal oleh iPad, yang dikenali sebagai ‘MoodPad’ – kerana tetamu boleh menggunakannya untuk menetapkan suasana di dalam bilik, termasuk pencahayaan berwarna, suhu dan kandungan hiburan. Selain itu, dengan Wi-Fi percuma yang tersedia tanpa sebarang had, para tetamu dengan mudah dapat menyaksikan hiburan sendiri melalui peranti Apple atau Android.
citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang yang merupakan jenama Belanda sudah dibuka pada 1 Jun 2019 lalu. Berminat untuk membuat tempahan, lawati laman web mereka di www.citizenm.com.