Makanan

7 Resepi Masakan Ketam Yang Menyelerakan Untuk Hujung Minggu Ini!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
7 Resepi Masakan Ketam Yang Menyelerakan Untuk Hujung Minggu Ini!

Ketam, merupakan salah satu makanan yang laut yang cukup kaya dengan rasa segar beserta isi ketam yang lembut membuatkan kita tidak berhenti mengunyah! Bayangkan dengan berbekalkan ketam dengan pelbagai variasi jenis masakan yang di hidangkan di atas meja pasti mampu membuatkan kita hilang tumpuan!

Nah, berikut beberapa jenis masakan ketam beserta tips masakan untuk anda memasak pada hujung minggu ini nanti!

Ketam Masak Telur Masin

Foto Arkib – Laman Resepi

Bahan-Bahan

  • Ketam 500 gram
  • Telur masin 5 biji
  • Serai 2 batang
  • Cili kisar 3 sudu besar
  • Bawang besar 1 biji
  • Daun bawang 5 tangkai
  • Daun kucai 5 tangkai
  • Cili merah 2 tangkai
  • Susu segar 1/4 cawan
  • Gula 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar

Cara Memasak

  • Basuh ketam dengan bersih dan potong 4. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Selepas itu, ketam di masak dan di goreng sehingga garing.
  • Selesai menggoreng ketam, kemudian rebus telur masin sehingga masak.
  • Tumis cili kisar, bawang besar yang di hiris halus, serai yang telah di ketuk. Tumis sehingga cili masak.
  • Kemudian pecahkan telur masin dan hancurkan telur. Anda boleh menggunakan kedua-dua (putih telur dan kuning telur atau salah satu darinya).
  • Masukkan telur masin, cili merah dan gula. Kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit.
  • Kemudian masukkan ketam yang di goreng tadi bersama-sama dengan daun kucai dan daun bawang. Gaul sehingga sebati.
  • Siap dan sedia di hidangkan!

Ketam Masak Lemak Cili Api Nenas

Foto Arkib – Resepi Mudah

Bahan-Bahan

  • Ketam Nipah 4 ekor
  • Bawang merah 1/2 biji
  • Cili hijau besar 3 tangkai
  • Cili padi merah dan hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Kunyit 1 inci
  • Daun kunyit (di hiris)
  • Daun Limau¬† (kalau nak letak)
  • Nenas
  • Santan
  • Serai 2 batang
  • Asam keping 1 keping

Cara Memasak

  • Kisar bawang merah dan cili hijau besar, cili padi dan kunyit. Atau anda nak tumbuk pun boleh.
  • Masukkan bahan-bahan yang di kisar ke dalam periuk. Kemudian masukkan serai dan daun kunyit dan tumis.
  • Kemudian masukkan ketam dan asam keping, kemudian letakkan air sedikit ke dalam periuk. Biarkan ketam seketika.
  • Selepas itu masukkan santan sambil kacau secara perlahan-lahan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan nenas ke dalamnya.
  • Siap dan sedia di hidang!

Ketam Cili

Foto Arkib – Kalori Makanan

Bahan-Bahan

  • Ketam bunga 5 ekor
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 3cm
  • Cili kisar 1 senduk
  • Telur 2 biji
  • Sos tomato 3 sudu makan
  • Sos cili 2 sudu makan
  • Gula pasir 1 sudu makan
  • Garam

Cara Memasak

  • Bersihkan ketam dan di potong 2. Goreng ketam sehingga separuh masak dengan menggunakan minyak yang sedikit sahaja.
  • Tumis bawnag besar,bawang putih, halia dan cili kisar sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan gula, sos tomato, sos cili dan garam.
  • Masukkan ketan dan gaul sehingga sebati.
  • Setelah itu, pecahkan telur dan gaul sehingga telur masak.
  • Akhir sekali tutup api dapur, dan ketam cili sedia di hidangkan panas-panas!

Ketam Masak Rebus Halia Dan Serai

Foto Arkib – Cik Wan Kitchen

Bahan-Bahan

  • Ketam 2 Ekor
  • Air
  • Garam
  • Serai 1 batang (di ketuk)
  • Halia (di hiris)

Cara Memasak

  • Selepas ketam di bersihkan. Masukkan ketam ke dalam periuk dengan air yang mendidih.
  • Masukkan garam, serai dan juga halia ke dalam periuk.
  • Kacau bahan-bahan seketika dan kemudian tutup periuk.
  • Jika anda lihat ketam telah bertukar warna pada warna oren, anda sudah boleh menutup api dapur dan angkat ketam.
  • Ketam telah boleh di hidangkan di atas meja.

Ketam Masak Sambal Merah

Foto Arkib – fizafantagirO

Bahan-Bahan

  • Ketam 1 kg
  • Serbuk Kunyit 1 sudu
  • Garam
  • Cili kering 25 tangkai
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Air asam jawa 1/2 cawan
  • Gula
  • Serai 1 batang (di ketuk)

Cara Memasak

  • Bersihkanketam dan kemudian lumurkan ketam dengan kunyit dan garam.
  • Goreng ketam sehingga separuh masak kemudian angkat ketam dan toskan.
  • Kisar cili kering, bawang putih dan bawang besar. Kemudian tumis bahan-bahan menggunakan kuali yang goreng ketam tadi dengan minyak yang sedikit. Tumis bahan-bahan sehingga naik bau.
  • Masukkan serai dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan ketam dan gaul sehingga ketam masak sebati dengan sambal.
  • Ketam sambal sedia di hidangkan.

Ketam Kari Masam Manis

Foto Arkib – misschiller.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • Ketam 4 ekor
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar
  • Serbuk kari 3 sudu besar
  • Daun kari 10 tangkai
  • Halia 50 gram
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Air 1/2 cawan
  • Minyak masak 200ml
  • Bawang putih 3 ulas (di kisar)
  • Bawang merah 3 biji (di kisar)

Cara Memasak

  • Basuh keram dengan bersih kemudian gaul ketam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
  • Panaskan kuali dan goreng ketam sehingga ia bertukar warna oren keemasan selama beberapa minit.
  • Angkat ketam yang telah di goreng dan toskan.
  • Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di kisar sehingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan halia dan daun kari. Setelah bau wangi daun kari naik, masukkan 3 sudu besar serbuk kari. Tumis dan kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikit.
  • Masukkan sos cili, gula dan garam secukup rasa. Kacau dan masukkan ketam yang telah di goreng tadi dan gaul sehingga sebati.
  • Ketam siap untuk di hidangkan.

Ketam Masak Gulai Rebung Madu

Foto Arkib – Cerita Kak Z

Bahan-Bahan

  • Ketam bunga 5 ekor (di potong 2)
  • Rebung madu 400 gram (telah di rebus terlebih dahulu)
  • Serai 2 batang (di ketuk)
  • Daun kunyit 2 helai (di siat)
  • Kiub pati ikan bilis 1 biji
  • Asam gelugor 1 keping
  • Santan 1 kotak
  • Air 2 kotak
  • Garam
  • Gula
  • Cili merah 3 tangkai (di kisar)
  • Bawang merah 6 biji (di kisar)
  • Bawang putih 2 ulas (di kisar)
  • Kunyit hidup 1 inci (di kisar)
  • Belacan 1/2 inci (di kisar)

Cara Memasak

  • Bersihkan ketam. Kemudian masukkan ketam dan rebung ke dalam periuk bersama serai, bahan kisar dan asam gelugor. Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  • Masukkan santan dan air, kacau dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan daun kunyit dan kuib ikan bilis. Masak sehingga rebung lembut.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dapur dan ketam sedia di hidangkan!

Wah, menu resepi ketam yang cukup menyelerakan! Bagi yang berkelapangan di hujung minggu ini, anda boleh mencuba resepi-resepi yang wanista kongsikan di atas dan di harap perkongsian menu lazat ini dapat membantu anda dalam mencari menu resepi masakan yang sedap dan enak untuk di kongsikan bersama yang tersayang!