Seorang bintang K-pop terkenal Samuel Kim telah kehilangan bapanya apabila di temui mati di rumahnya di Cabo San Lucas,Mexico. Menurut laporan yang dijalankan, Jose Arrendondo meninggal dunia akibat di bunuh dan menerusi penyiasatan yang dijalankan oleh pendakwa raya, tubuh Arrendondo menunjukan tanda-tanda blunt force trauma atau trauma kesan tumpul pada badannya serta pastor ahli perniagaan tempat mengesahkan bahawa Arrendondo telah di tikam.
Mangsa yang berusia 58 tahun ini merupakan seorang ahli perniagaan yang popular di kalangan kumpulan penjual kereta dan syarikat hartanah di California Selatan. Mangsa mula datang ke United States semasa berusia 11 tahun dan tidak mengetahui tentang bahasa Inggeris.
Kemudian beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dan sekaligus menjadi ketua komuniti dengan mendermakan kereta-keretanya kepada gereja tempatan yang di kenali sebagai New Life, di mana beliau telah menghadiri gereja ini lebih dari 20 tahun.
Anak kepada mangsa iaitu Kim Samuel atau nama penuhnya Samuel Kim Arrendondo, yang berusia 17 tahun ini merupakan artis K-pop popular di Korea Selatan. Samuel yang lahir menerusi ibunya yang berketurunan Korea dan bapanya yang berasal dari Mexico ini berjaya menempa namanya sendiri di dalam industri Korea.
Di katakan Samual juga pernah muncul di dalam iklan untuk syarikat menjual kereta milik arwah ayahnya. Samuel juga muncul di Ustream show Seventeen TV sebelum ia terkenal.
Berikut isu berita sedih ini, ramai peminat-peminat Samuel memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadap artis tersebut.
https://twitter.com/softiedk/status/1151504420217245697?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1151504420217245697&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.yahoo.com%2Fentertainment%2Fkpop-star-samuels-father-jose-arredondo-killed-in-mexico-fans-urge-him-to-stay-strong-193602159.html
https://twitter.com/crzylslzr/status/1151567661815328768?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1151567661815328768&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.yahoo.com%2Fentertainment%2Fkpop-star-samuels-father-jose-arredondo-killed-in-mexico-fans-urge-him-to-stay-strong-193602159.html
Mr. Jose arredondo (Samuel Kim's father) was killed yesterday in Mexico. I hope they will get justice for his father's death. stay strong to Samuel and his family :((( pic.twitter.com/00enHlwFlu
— rui (@softforwooo) July 17, 2019
My deepest condolences go out to Samuel Kim and his family. The babies been going through so much. Such cruel things happen to such amazing people. My heart truly goes out to them. pic.twitter.com/KfPvWSe39X
— yaj the Leafy Antiš«§ (@AtinyStarBebe) July 17, 2019
Samuel telah mengeluarkan lagu sebagai artis solo dan kemudian pada tahun 2015 pula Samuel telah menjadi sebahagian ahli muzik duo yang di kenali sebagai “1Punch” dan menggunakan nama panggilan sebagai “Punch”. Manakala pada tahun 2017, Samuel telah membuat kemunculan bagi program realiti terkenal iaitu Produce 101 bagi musim ke dua siri tersebut.
Semoga Samuel dan keluarganya tabah dalam menjalani ujian dan berharap siasatan terhadap kes bunuh ini dapat di bongkarkan dengan segera.