Kecantikan

7 Tips Untuk Dapatkan Kuku Cantik Berkilat Dan Sihat!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
7 Tips Untuk Dapatkan Kuku Cantik Berkilat Dan Sihat!

Siapa yang tidak mahu kuku kelihatan sihat dan cantik berkilat bukan? Sebenarnya terdapat banyak cara serta tips-tips yang menarik boleh di guna pakai bagi mendapatkan kuku yang sihat dan berseri. Nah, di sini Wanista kongsikan beberapa tips-tips penjagaan kuku yang menarik yang boleh anda ikuti!

Kuku Harus Sentiasa Kekal Hidrat 

Foto: thekrazycouponlady.com

Untuk membuatkan kuku kekal hidrat sentiasa caranya cukup mudah, anda hanya perlu menyapukan sedikit petroleum jelly pada kuku dan kulit di sekeliling kuku. Lakukan cara ini setiap hari sebelum anda tidur atau apabila kuku anda berasa kering. Selain menggunakan petroleum jelly, anda juga boleh menggunakan minyak Kastor atau minyak Olive sebagai pengganti. Kandungan vitamin E yang kaya di dalam minyak ini boleh melembapkan kuku anda.

Tolak Cuticles Dengan Lembut

Foto Arkib – Amazon.com

Apabila anda ingin menolak cuticles, pastikan anda tolak dengan lembut dan ambil sudut 45 darjah. Cuticles ini tidak semestinya harus di tolak, ia juga boleh di potong cuma anda perlu lebih berlemah lembut apabila ingin memotong atau menolak cuticles ini. Jika anda menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menolak atau memotong cuticles sehingga merosakannya ia boleh melemahkan kuku secara keseluruhan.

Jangan Biarkan Kuku Panjang

Foto Arkib -Footfiles

Elakkan memelihara kuku panjang, untuk mendapatkan kuku yang sihat anda perlu potong kuku dan sekaligus mengelakkan berlaku masalah kuku terkeluar. Untuk pengetahuan anda, kuku merupakan anggota tubuh yang dapat menceritakan tahap kesihatan seseorang individu tersebut! Nah, jangan main-main ya, jadi potong kuku kaki dan tangan dengan tertib agar kuku anda kekal sihat dan bersih sepanjang masa.

Makan Vitamin Tambahan

Foto Arkib – Blackmores

Untuk mendapatkan kuku sihat dan cantik berseri, selain penjagaan secara luaran anda juga perlu membuat penjagaan dari dalam juga. Penjagaan kuku dari dalam adalah dengan mengambil vitamin tambahan kuku seperti Blackmores Nails, Hair & Skin Health atau vitamin dari Wellness Dietary Supplement Skin, Hair & Nails Formula dan pelbagai lagi produk-produk vitamin tambahan yang bagus dan sesuai untuk kuku di pasaran tempatan! Oleh itu, jika anda ingin kuku cantik dan sihat, makan vitamin tambahan yang dapat memberi nutrisi kepada kuku dari dalam.

Minum Air Susu

Foto Arkib – Mother Jones

Selain itu dengan pengambilan segelas air susu dan telur rebus di dalam pengambilan pemakanan harian anda, dapat membantu pengembangan kesihatan kuku. Ini kerana susu kaya dengan zink dan jika anda mendapati kuku anda mempunyai warna putih di dalam kuku itu bermaksud kuku anda kurang zink. Dan untuk mengembalikan kesihatan kuku seperti sedia kala, anda perlu minum susu dan ambil makanan yang kaya dengan kandungan zink.

Kikir Kuku Dengan Cara Yang Betul

Foto Arkib – LifeTimesStyles

Tahu tak untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat, elakkan kikir kuku dengan pergerakkan ke hadapan dan ke belakang. Cara yang betul adalah dengan mengkikir kuku secara satu hala sahaja. Selain itu, elakkan mengkikir kuku selepas mandi, ini kerana kuku yang basah mudah patah jika anda mengkikirnya selepas anda mandi.

Urut Kuku Untuk Kekal Bersinar dan Sihat

Foto Arkib – Style Craze

Ingat anggota badan sahaja yang perlu di urut apabila lenguh-lenguh dan keletihan? Hah, kuku juga perlu di urut untuk melancarkan perjalanan darah dan menjadikan kuku kekal sihat dan kuat. Untuk mengurut kuku, anda perlu menggunakan set buffer untuk kuku yang terdapat di pasaran sedia ada! Mudah bukan?

Di harap sedikit sebanyak perkongsian tips-tips serta penjagaan kuku ini dapat memberikan manfaat kepada anda dalam mendapatkan kuku yang sihat, kuat, cantik dan bersinar!