Kesihatan

BTS V Derita Penyakit Kulit “Cholinergic Urticaria”, Ni Yang Anda Perlu Tahu

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
BTS V Derita Penyakit Kulit “Cholinergic Urticaria”, Ni Yang Anda Perlu Tahu

Jangan terkejut BTS ARMY!

Baru-baru ini BTS V mendedahkan dengan peminat bahawa dia menderita ruam yang disebabkan oleh peningkatan suhu badan dan peluh, yang disebut Cholinergic Urticaria. Hal ini selepas V membalas komen peminat di Weverse, sebuah aplikasi forum bual bicara dengan peminat.

V menulis dalam komennya, “Tidak, saya mempunyai cholinergic allergy. Saya gatal, gatal.”

Foto – Weverse

Cholinergic Urticaria

Cholinergic Urticaria adalah sejenis ruam kulit yang kelihatan seperti merah-merah kecil di anggota badan khususnya leher, dada, muka, bahagian belakang badan dan lengan. Teen Vogue menjelaskan Cholinergic Urticaria (CU) adalah gatal-gatal kemerahan pada kulit yang muncul apabila berpeluh, baik kerana senaman, mandi, kebimbangan, atau panas. Ini berlaku kerana aktiviti gentian saraf dalam kelenjar peluh.

Foto – Medical News Today

Secara umumnya, ruam ini akan menyebabkan kegatalan, kerengsaan serta alergi dan akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa jam. Tetapi dalam kes yang teruk, ia boleh mencetuskan kesukaran bernafas, pening, muntah atau sakit perut. Cholinergic Urticaria boleh berlaku pada sesiapa, tetapi lelaki lebih cenderung untuk mengalaminya. Biasanya ditemui pada usia 16 tahun boleh berterusan sehingga usia 30 tahun.

Yang pasti ada peminat yang membuat spekulasi bahawa keadaan ini mungkin penyebab anak muda 20-an ini selesa memakai pakaian longgar dan acapkali dilihat minum banyak air ketika membuat persembahan.

Foto – Healthline

Kepada ARMY jangan risau ye, keadaan V masih baik-baik sahaja…