Siapa sangka minuman Brown Sugar Milk Tea beserta topping-nya merupakan minuman yang tidak menyihatkan kepada kesihatan diri kita! Menurut laporan di dalam artikel penulisan Hospital Mount Alvernia yang merupakan hospital swasta di Singapura, membuat perbandingan kandungan gula dan tahap kalori bagi pelbagai jenis air teh boba beserta topping-nya.
Artikel penulisan yang di keluarkan di laman sesawang pada hari Jumaat, 5 Julai baru-baru ini mendapati perbezaan kandungan serta tahap gula dan kalori bagi topping air minuman popular ini agak merisaukan, berikut adalah gambarajah infografik yang di kongsikan oleh laman sosial Facebook hospital Mount Alvernia ini.
Jika di lihat pada infografik di atas, Milk Foam, Cheese Foam dan Tapioca Pearl merupakan jenis-jenis topping yang berada di tahap yang tertinggi dengan jumlah kalori masing-masing 203 kalori bagi Milk Foam, 180 kalori bagi Cheese Foam dan 156 kalori bagi Tapioca Pearls. Jumlah kalori di dalam topping ini sahaja sudah cukup menggerunkan apatah lagi kandungan gula di dalam air minuman popular ini !.
Manakala jumlah kandungan gula bagi air minuman Brown Sugar Milk Tea with Pearl adalah sebanyak 18.5 sudu teh! Bayangkan satu sudu teh mengandungi 5 gram gula. Jika 5 gram di darabkan dengan 18.5 sudu teh bererti di dalam satu cawan air minuman Brown Sugar Milk Tea with Pearl tersebut mengandungi hampir 90 gram gula! Banyaknya.
Untuk pengetahuan semua, meskipun teh hijau dan teh hitam membantu menurunkan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, arthritis dan kanser tetapi anda perlu ingat jika air minuman tersebut di campur pula dengan gula, susu dan krim bukan tenusu, ia sebenarnya boleh membahayakan serta meningkatkan lagi risiko penyakit kronik ini.
Bukan itu sahaja, penggunaan krimer yang bukan tenusu sebagai pengganti susu mengandungi lemak trans di dalam foam hydrogenated minyak kelapa sawit dan minyak ini pula mampu meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan strok.
Walaubagaimanapun, minuman air boba ini masih boleh di minum jika anda mengambil serta memilih jenis air serta topping yang betul. Berikut adalah tips yang di kongsikan oleh Hospital Mount Alvernia untuk peminum air boba tegar seperti anda!
Tips Pemilihan Air Boba Yang Sihat!
- Pilih cawan air minuman bersaiz kecil.
- Pilih teh hijau, teh oolong atau teh hitam yang “plain”.
- Minta air minuman mengandungi 30 peratus jumlah gula atau rendah.
- Minta menggunakan susu segar, rendah lemak atau susu krim dan bukannya menggunakan krim bukan tenusu.
- Jangan letak topping atau pilih topping yang rendah kalori seperti aloe vera dan white pearls.
Di harap segala maklumat yang di kongsikan berkenaan air boba, topping, kandungan gula serta tahap kalori ini dapat memberi pencerahan untuk anda membuat pemilihan air minuman yang menyihatkan. Ingat, “We are what we eat“ oleh itu, jagalah kesihatan tubuh badan dengan baik agar hidup lebih cergas dan riang!