Ulat Buku, orang yang rajin membaca buku.
Pada penulis individu sebegini sangat seksi orangnya, hidupnya sentiasa dikelilingi dengan buku dan ilmu pengetahuan. Terasa kerdil pula diri ini…
Baiklah, pada para lelaki yang masih lagi mencari, terdapat banyak jenis wanita di luar sana – pelbagai ragam dan kerenah, sikap, tetapi anda harus sentiasa keep your eye out untuk wanita yang gilakan buku, dan kenapa kahwini mereka ini sangat beruntung. Paling beruntung anda langsung tak rasa bosan dengan mereka… Ya, jujur penulis cakap!
Anda belajar banyak benda dari si dia
Sama ada perspektif kehidupan baru atau sekadar fakta rawak yang menyeronokkan, segala yang diperolehinya selepas membaca ribuan halaman. Contohnya, dia dapat berkongsi banyak pengetahuan yang diperolehi dari buku dengan anda dan anak-anak.
Dia seorang yang empati
Empati maksudnya daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Menurut kajian psikologi tahun 2009, orang yang mempunyai sikap empati adalah mereka yang suka membaca. Oleh itu, apabila anda mempunyai hubungan dengan seorang pencinta buku, dia akan lebih terbuka untuk memahami dan berkongsi idea serta perasaan dengan orang sekeliling, termasuk anda.
Kehidupan anda tidak akan bosan dengannya
Cuba fikirkan, si dia ada sahaja topik yang mahu dibualkan dengan anda, setiap hari anda benda baru yang mahu dikongsikan dengan anda. Tidak kisah dibacanya di surat khabar, media sosial, buku, majalah, as long as bahan bacaan ada saja nak beritahunya. Secara tak langsung anda sama-sama belajar benda baru, best bukan?
Dia tahu habiskan kualiti masa dengan sendiri @ berdikari
Tak jumpa dan habiskan masa bersama anda, dia tak kisah sebab dia ada jalannya. Lagi satu, anda si lelaki nak ke bersama dengan perempuan yang asyik berkepit 24 jam? Tak jumpa dan habiskan masa bersama anda, dia tak kisah sebab dia ada jalannya. Lagi satu, anda si lelaki nak ke bersama dengan perempuan yang asyik berkepit 24 jam?
Tak pening kepala nak pilih hadiah
Merupakan nightmare setiap kali nak pilih hadiah untuk si dia, perasaan di mana dia suka ke? Kalau nak beli teddy bear, dia terima ke, takut silap hari bulan dilemparnya. Kalau barang kemas, takut bukan stail yang dia suka. Boleh migrain kalau difikirkan tentang hadiah. Anda tidak akan pernah mempunyai masalah kalau si dia jenis yang ulat buku. Hanya perlu periksa rak buku untuk melihat koleksi buku yang menjadi kegemarannya sebelum surprise dengan buku yang baru.
Daripada asyik selfie memanjang, cuba cari pasangan hidup yang sentiasa dengan buku… Selamat Beramal!