Kecantikan

Cara Pakai Gincu Nude Agar Tak Nampak Pucat… Mudah Je!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cara Pakai Gincu Nude Agar Tak Nampak Pucat… Mudah Je!

Siapa dekat sini sukakan gincu Nude berbanding rona yang lain?

IKLAN

Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang digunakan kebanyakan wanita. Warna yang cenderung tenang dan ‘masuk’ dengan kulit ini memang cocok digunakan dalam apa jua suasana formal atau santai.

Sayangnya ada sesetengah rona nude boleh membuatkan wajah kelihatan pucat daripada biasa, walau anda tidaklah sepucat itu. Bahkan, setiap kali anda menggunakan gincu nude, mulalah rakan sekerja sibuk bertanya perihal muka nampak pucat semacam… Duhhh!!!

Foto – Pinterest

Bagi memudahkan kamu semua, pakar kecantikan ajar cara yang betul kamu boleh cuba..

Sesuaikan warna gincu nude dengan warna kulit

Kita sedia maklum sekarang ada banyak pilihan gincu yang tersedia di pasaran. Walau semuanya cantik, tapi kamu tidak boleh asal pilih. Agar gincu warna bibir yang kamu pakai tidak membuat wajah pucat, kamu disyor menggunakan gincu nude yang sesuai dengan warna kulit. Misalnya, kamu yang miliki kulit putih sebaiknya menggunakan gincu nude dengan sentuhan pink. Berbeza pula dengan individu yang berkulit kuning langsat, lebih cocok menggunakan gincu nude dengan sentuhan beige. Yang kulit sawo matang pula elok menggunakan gincu nude bernada peach.

Foto – Charlotte Tilbury

Mulakan dengan lip balm

Bila sudah jumpa gincu nude yang sesuai dengan warna kulit kamu, jangan terburu-buru mengaplikasikannya pada bibir. Gunakan dulu lip balm untuk memastikan bibir tetap lembap dan lembut sehingga nanti gincu kamu terlihat lebih cantik dan berseri.

Foto – julakutuhy.co

Pakai pemerah pipi

Salah satu alasan kenapa banyak manita menggunakan gincu nude adalah kerana ingin tampil natural. Tapi perlu diingat bahawa tampil natural bukan bererti wajah kamu harus bebas riasan. Agar tetap terlihat segar dan berseri, kamu boleh layangkan sedikit pemerah pipi pada kedua belah pipi. Pilih warna-warna yang lembut seperti merah jambu atau peach.

Foto – Influenster

Rias juga bahagian kening

Kening boleh merubah penampilan seseorang. Walau penampilan terlihat cantik elok, jalan sesekali lupakan bahagian kening. Merias keduanya mengikut bentuk kening kamu menggunakan brow kit yang tepat dan betul. Kalau boleh jangan bagi terlalu gelap, biarkan natural seadanya.

Sekarang kamu dah tak nampak pucat lagi…

IKLAN