Tips

Mahu Kasut Sneakers Kekal Putih Bersih? Wanista Kongsi Tips Genius!

Avatar
/
Mahu Kasut Sneakers Kekal Putih Bersih? Wanista Kongsi Tips Genius!

Rata-rata ramai rakyat Malaysia menggunakan kasut sneakers untuk apa jua urusan sama ada untuk keluar berjalan-jalan, pergi ke tempat kerja atau bersukan. Tetapi berapa ramai yang berani untuk memakai kasut sneakers yang berwarna putih? Dan berapa ramai yang mengetahui cara untuk membersihkan sneakers putih tersebut? Nah jangan khuatir, wanista akan berkongsi tips dan langkah yang mudah untuk anda ikuti.

Polish Dengan Pengilat Kuku Warna Putih

Foto Arkib – Pinterest.com

Kaedah ini sangat mudah, jika anda mendapati kasut anda mempunyai kesan calar atau terpalit dengan sesuatu. Untuk menutupi atau menghilangkan kesan tersebut, caranya adalah dengan cara menggunakan pengilat kuku berwarna putih tersebut lalu anda sapukan ke atas kesan calar atau palitan tersebut. Dan kasut anda akan kelihatan putih seperti masih baru tanpa sebarang kesan!

Pemadam Magik Dan Cuka

Foto Arkib – tokyu-hands.co.jp

Selain itu, untuk membersihkan kasut sneakers, anda juga boleh menggunakan pemadam magik atau cuka bagi membersihkan kasut dari sebarang kesan! Ya, anda hanya perlu gosokkan pemadam magik atau cuka pada bahagian yang ingin di bersihkan.

Berus Gigi Super

Foto Arkib – Tally Press

Sebenarnya, penggunaan berus gigi juga dapat membentu bagi membersihkan kasut sneaker terutama di bahagian tali kasutnya. Dengan adanya berus gigi, dalam membersihkan kasut sneakers ini, anda akan mendapati bahagian yang sukar dibersihkan akan tanggal dengan mudah apabila menggunakan berus gigi!

Guna Air Hangat

Foto Arkib – American Home Shield

Untuk membersihkan kasut sneakers, penggunaan air hangat bagi membasuh kasut adalah penting. Ini kerana suhu air yang hangat dapat menanggalkan kotoran dengan mudah!

Guna Tuala Kering

Foto Arkib – Alibaba

Selepas anda membersihkan kasut, guna tuala kering dan lap kasut sneakers anda, ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pengeringan kasut dan tuala juga dapat membantu menyerap segala kelembapan yang terdapat di dalam kasut sneakers anda.

Shampoo Hilangkan Kesan Berminyak

Foto Arkib – ThriftyFun.com

Katakanlah anda sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kasut sneakers putih anda terkena minyak dan untuk mengatasi masalah kesan berminyak ini, apa yang boleh anda lakukan adalah, sapukan shampoo rambut ke atas kesan berminyak pada kasut kemudian gosok menggunakan berus gigi dan jirus menggunakan air hangat dan anda akan lihat kesan minyak akan hilang!Ā 

Simpan Kasut Di Dalam Rumah

Foto Arkib – DHgate.com

Simpan kasut anda di dalam rumah, ini kerana menyimpan kasut di luar rumah akan mendedahkan kasut anda terkena pancaran matahari yang terlalu banyak dan ini boleh menyebabkan kasut anda menjadi pudar. Oleh itu, jaga dan simpan kasut di dalam rumah agar kasut anda tidak luntur atau pudar warnanya.

Bahan Peluntur

Bagi yang ingin menggunakan bahan peluntur bagi membersihkan semula kasut sneakerrs yang telah kotor, anda boleh menggunakan bahan peluntur tetapi hanya dengan kuantiti yang sangat sedikit sahaja agar kasut anda tidak terlalu luntur warnanya. Setelah anda membersihkan kasut dengan bahan peluntur, anda perlu bilas kasut dengan air hangat.

Jadi macam mana? Pasti selepas ini anda akan jadi lebih berani dan yakin untuk memakai kasut sneaker putih bukan? Di harap segala tips yang di kongsikan oleh wanista hari ini dapat memberikan sedikit sebanyak cara-cara untuk membersihkan kasut sneaker putih dengan mudah. Selamat mencuba!

BACA  Seronoknya Melancong Bagai Orang Kaya Ikut Cara Universal Traveller!