Berita sedih menyelubungi industri hiburan K-pop tentang pengunduran Kangin dari kumpulan idol terkenal Super Junior. Kangin atau nama sebenarnya Kim Young-woon mengumumkan kenyataan untuk keluar dari kumpulan tersebut, menerusi akaun sosial media Instagram miliknya baru-baru ini.
Kangin yang berusia 34 tahun ini telah berada di dalam kumpulan idol terkenal di Korea Selatan ini selama 14 tahun! Dan ianya bukanlah jangka masa yang pendek bagi artis berkumpulan untuk bertahan di dalam industri hiburan di Korea. Meskipun ia merupakan satu jangka masa yang lama, tetapi Kangin tetap dengant keputusannya untuk meninggalkan kumpulan tersebut.
https://www.instagram.com/p/Bzwyewinswr/?utm_source=ig_embed
Pengundurannya mencetuskan kejutan buat peminat luar negara, setelah mendiamkan diri hampir selama 8 bulan, Kangin menyampaikan mesejnya dan memohon maaf kepada peminat dan ahli-ahli Super Junior yang lain.
Berikut adalah mesej dari Kangin.
Apa khabar, ini adalah Kangin. Sudah lama saya tidak mengirimkan sebarang berita kepada anda semua. Hati saya berasa sangat berat kerana berita yang saya ingin sampaikan adalah berita yang kurang menyenangkan, tetapi setelah perbincangan di buat, saya menulis untuk anda semua.
Buat masa sekarang, saya merancang untuk meninggalkan nama ‘Super Junior‘. Ia merupakan nama yang sangat lama saya miliki.
Saya sentiasa tidak merasai apa-apa melainkan mempunyai rasa bersalah terhadap ahli kumpulan saya.
Saya sentiasa merasakan bahawa saya perlu membuat keputusan dengan segera, tetapi apabila masih ramai yang memberi sokongan terhadap saya termasuklah staf syarikat meskipun ianya adalah salah dan kesilapan dari diri saya sendiri, saya berasa tidak yakin dan merasa bahawa saya berada di dalam situasi di mana saya tidak boleh membuat keputusan saya sendiri.
Walaubagaimanapun, berikutan dengan isu masalah saya, saya terpaksa melihat ahli-ahli kumpulan saya terkena tempias dan mereka tidak sepatutnya menghadapi semua itu. Dan dengan itu, tanpa melambatkan urusan saya tampil membuat keputusan. Lebih dari segalanya, saya memohon maaf kepada E.L.F di atas sokongan dan kasih sayang yang sentiasa anda berikan kepada saya dalam tempoh 14 tahun ini.
Ianya mungkin terlalu lewat, tetapi meski saya melepaskan nama ‘Super Junior’ dan mula bergerak sendiri, saya akan sentiasa mengingati segala perasaan terima kasih dan maaf.
Saya mahu meluahkan terima kasih secara ikhlas kepada ahli kumpulan saya dan staf label kerana menghormati saya sehingga ke akhirnya. Saya akan menyokong kejayaan Super Junior untuk selama-lamanya. Terima Kasih.
Berikutan dengan isu boykot yang di lancarkan oleh kelab peminat Super Junior yang di kenali sebagai E.L.F sejak bulan lalu terhadap segala aktviti Super Junior, kumpulan idol popular Korea Selatan mengalami krisis.
Dan kelab peminat rasmi yang di kenali sebagai E.L.F ini telah mengeuarkan kenyataan rasmi agar Kangin dan Sungmin berundur daripada kumpulan popular K-pop agar mereka berdua tidak mencalarkan imej kumpulan terbabit dengan permasalahan mereka.
Impt!
KELF are planning another boycott tomorrow this time to permanently remove Kangin and Sungmin from the group. They are threatening to stop all fan support/attendance (Rough trans)
Pls report twitter acct @/naminiout pic.twitter.com/NRzD3LczSb
— All About Kangin ☀️🍉 DEMEBETA GROUP ORDER (@KanginArchive) June 2, 2019
Its starting! Report! Dont engage. pic.twitter.com/HjjQJxvGnU
— All About Kangin ☀️🍉 DEMEBETA GROUP ORDER (@KanginArchive) June 2, 2019
Kami umumkan untuk boikot Super Junior dan ke semua aktiviti ahli-ahlinya sehinggalah syarikat agensi mengeluarkan kenyataan yang jelas – @naminiout
Pengurusan kumpulan Super Junior iaitu Label SJ telah mengesahkan berita pengunduran Kangin dari nama kumpulan terbabit. Berikut adalah mesej dari pihak pengurusan Super Junior.
Kami telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan Kangin untuk meninggalkan kumpulan secara rela hati. Ini tidak akan menjejaskan kontrak beliau bersama syarikat. Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang keputusan di buat bagi promosinya di masa akan datang. – Label SJ
Isu boikot dan protes yang berlaku adalah ekoran kerana berita kontrolversi yang di hadapi oleh Kangin dan Sungmin sebelum ini. Di mana Kangin di dapati bersalah dengan beberapa isu langgar lari di bawah pengaruh alkohol serta di tahan kerana membuat serangan fizikal ke atas teman wanitanya. Manakala Sungmin pula di kritik kerana isu kontrolversi perkahwinan.