Fesyen

Nak Pakai Apa Masa Dating? Tiru Je Stail Miss Fazura

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Nak Pakai Apa Masa Dating? Tiru Je Stail Miss Fazura

Pertama kali Dating memang mengharukan… Nak pakai baju apa? High heel atau sneakers? Dress ke jeans? Nak mekap atau natural beauty? Pening kepala sampai langsung tak tidur.. Wanista pasti semua orang mesti pernah alami keadaan sebegini. Mulalah scroll news feed di Facebook, explore Instagram, Google tips dating, bertanya dengan rakan tips nak hadapi temu janji paling manis serta bermacam lagi kamu lakukan semata-mata mahukan suasana yang indah sahaja.

IKLAN

Kita sedia maklum dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali kamu tampil melebih-lebih sehingga tidak selesa sepanjang temu janji. Baiklah agar semuanya baik-baik sahaja, cuba tiru stail dari aktres kesayangan ramai Nur Fazura. Ada gaya manis, feminin, sopan yang kesemuanya membuatkan kamu kelihatan cantik sangat pada hari itu.

Campuran pastel yang nampak manis sekali

Pilih tas tangan rona yang colourful supaya penampilan nampak berseri seperti Fazura.

Sneakers + Tee juga buat penampilan kamu serba ringkas yang kelihatan cool.

Comel, cantik, semualah untuk gaya Fazura yang satu ini.

Kamu boleh padankan dress dengan sneakers, flats, sandals atau sekadar loafers.. Cari sepatu yang ringkas.

Padanan blouse ungu bersama tudung gaya Brunei, memang sopan habis.

Kalau tak nak tumit tinggi, kamu boleh pakai sneakers atau loafers dan oxford.

Sweatshirts rona terang sebegini juga buat kamu nampak ceria.

Kombo putih menghiasi diri! Wanista berkenan sungguh dengan padanan skinny pants bersama printed tee.

Kamu tidak akan gagal dengan dress hitam. Nak bagi nampak muda dan segar, cuba gayakan bersama sneakers.

Skirt berlisu memang buat penampilan makin cantik manis berseri!

Play safe dengan pilihan t-shirt putih dan kardigan.

Okay.. Semoga tips ini bermanfaat kepada kamu yang tengah pening kepala memikirkan fesyen sesuai untuk dating nanti. Apapun Selamat Beramal!