Kini fenomena minuman milk tea menjadi perbualan hangat di Asia terutama di Malaysia, Singapura, Taiwan, Manila dan Jepun. Rata-rata penggemar minuman air popular ini begitu fanatik sehingga sanggup dan mahu mewarnakan rambut mereka dengan warna milk tea! Hebat betul.
Dan di sosial media pula, ramai yang tidak henti-henti berkongsi gaya serta warna rambut seakan-akan warna susu ini di akaun sosial media Instagram masing-masing dengan hashtag #milkteahair sehingga ia menjadi tular dn viral di seluruh Asia.
Tidak di nafikan warna rambut yang creamy dan ringan ini menarik dan mudah menjadi ikutan ramai, tapi berapa ramai yang mengetahui tips untuk warna rambut cantik ini tahan lama?
Untuk mendapatkan jawapan ini, pakar rambut Katchie Mejias daripada Katch Beauty Lounge ada pencerahannya!
Mahu Rambut Warna Milk Tea Tahan Lama?
Katchie menerangkan bahawa warna-warna yang berinspirasikan daripada milk tea ini sebenarnya merupakan warna yang lebih cerah dari blonde shade di mana ia memiliki warna lembut dan cool. Untuk mendapatkan warna rambut yang tahan lama ini info penting dari Katchie.
Bleach Rambut Level 8 Atau 9
Untuk mendapatkan warna milk tea menerusi rambut hitam anda, apa yang paling utama untuk di buat adalah, dengan melunturkan rambut anda sehingga level 8 atau 9 sehingga rambut anda meninggalkan warna rambut kuning pucat.
Pemilihan Warna Yang Terperinci
Selepas rambut di lunturkan sehingga memberikan warna kuning pucat, barulah pemilihan warna-warna terang dan menyerlah seperti warna debu kelabu dan warba kuning keemasan di sapukan pada rambut tersebut.
Guna Syampu Rawatan
Penting bagi yang ingin memwarnakan rambut menggunakan syampu jenis rawatan khas seperti sulfate-free purple shampoo supaya rambut menjadi sihat dan bersinar. Malah untuk mendapatkan rangkaian syampu yang bagus, anda boleh dapatkan khidmat dari pihak salon dan mereka akan menyarankan produk yang bagus untuk rambut anda.
Rawatan Toner Setiap 30 Hinga 40 Hari
Untuk menjaga warna rambut agar tidak pudar dan luntur, anda perlu melawat semula salon rambut untuk melakukan rawatan toner selama 10 minit bagi setiap 30 hingga 40 hari untuk mengembalikan sinaran warna rambut!
Relight-Kan Rambut Setiap 4 Hingga 6 Bulan
Bagi menjadikan rambut tumbuh sihat dengan memiliki akar rambut yang kuat, di sarankan supaya anda pergi ke salon untuk melakukan relighten untuk rambut anda. Kaedah ini mampu merehatkan dan memberi kelegaan pada akar rambut dan sekaligus membuatkan rambut anda sentiasa sihat!
Jadi mahu rambut sihat di samping mengekalkan warna rambut kegemaran? Ikuti pesanan nasihat serta tips daripada Katchie ini! Selamat mencuba.