Info Menarik

Pernah Dating Aktor Korea, Ni Fakta Menarik Tentang Si “Mulan” Liu Yifei

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pernah Dating Aktor Korea, Ni Fakta Menarik Tentang Si “Mulan” Liu Yifei

Siapa aktres bertuah ini yang membawakan watak Mulan?

IKLAN

Perkenalkan aktres China Liu Yifei! Sejak diumumkan Disney dan ke trailer Mulan versi live-action, rata-rata netizen teruja mahu mengetahui perihal peribadi aktres cantik ini.

Tahukah anda si cantik 32 tahun ini pernah bermain cinta tengan aktor tersohor Korea tetapi putus di tengah jalan?.. Nak tahu apa lagi yang menarik tentang Liu Yifei, teruskan pembacaan.

Kelahiran China

Yifei dilahirkan pada 25 Ogos 1987, di Hubei, China. Dia tinggal dan belajar di New York selama beberapa tahun dan kemudiannya belajar Performance Institute of the Beijing Film Academy. Yifei mula menceburi dunia lakonan ketika di usia 15 tahun lagi menerusi siri televisyen China.

Foto – Facebook

Selebriti Kesayangan China

Yifei juga dikenali sebagai Crystal Liu dan mendapat julukan “Fairy Sister” di negara kelahirannya kerana terkenal dengan sikap lemah lembut dan budi pekerti.

Ada Bakat Menyanyi

Ya siapa sangka… Liu Yifei juga adalah penyanyi. Dia menandatangani Sony Music Entertainment Japan pada tahun 2005 dan telah mengeluarkan dua album.

Pernah Berlakon Bersama Jackie Chan, Jet Li

Sebelum Mulan, Yifei terlebih dahulu mengasah bakat lakonannya dalam beberapa filem hebat seperti The Forbidden Kingdom (2008), Outcast (2014), dan Never Gone (2016). Yifei sebagai Golden Sparrow dari filem fantasi The Forbidden Kingdom, yang turut dibintangi oleh Jackie Chan, Jet Li dan Michael Angarano.

Kekasih Hati Song Seung Heon

Mereka pertama kali bertemu pada tahun 2013 ketika berkerjasama dalam filem China-Korea ‘The Third Way of Love’. Mula dating dari tahun 2015 hingga 2018. Pada Januari 2018, agensi Song Seung Heon mengumumkan kedua pasangan merpati sejoli memutuskan hubungan kerana masalah kekangan jadual.

Foto – jpnn.com
Foto – koogle.tv

Dialah Mulan

Liu Yifei berjaya mengalahkan ribuan wanita dan berjaya melakonkan watak Mulan. Pada November 2017, Disney mengumumkan bahawa semasa sesi pencarian Mulan, mereka nekad untuk mencari pelakon keturunan Cina dan akhirnya memilih Yifei untuk peranan yang didambakan.

IKLAN

Wah tak sabar nak lihat Liu Yifei beraksi sebagai Mulan..