Pasti kamu tidak tegar untuk meninggalkan haiwan kesayangan sendirian di kedai penjagaan haiwan peliharaan di kala ingin mengembara di luar kota bukan? Dan pastinya kamu ingin membawa bersama sahabat baik untuk turut melancong dan tetap berada di sisi anda! Nah, justeru itu wanista memberikan solusi atau tips-tips yang mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak tentang keperluan melancong bersama haiwan peliharaan!
Terbang Mengembara Bersama Haiwan Peliharaan!
Dapatkan Khidmat Nasihat Pihak Veterinar Anda
Kebanyakan haiwan peliharaan tidak sesuai untuk mengembara menggunakan pengangkutan udara kerana faktor kesihatan, umur dan jenis baka haiwan itu sendiri. Contohnya, anjing yang memiliki hidung yang pendek seperti anjing Boston Terriers dan Bulldogs. Begitu juga dengan kucing seperti jenis kucing Persia yang mempunyai risiko apabila menaiki kendaraan udara.
Haiwan yang berusia 8 – 12 minggu atau lebih tua dari usia 10 tahun tidak sesuai untuk menaiki pengangkutan udara kerana di khuatiri tertekan. Oleh itu, anda harus mendapatkan khidmat rundingan dengan pihak veterinar anda jika ingin membawa haiwan peliharaan melancong menggunakan pengangkutan udara ini.
Lengkapkan Dokumentasi Yang Di Perlukan
Dari segi dokumentasi pula, anda perlu dapatkan sijil kesihatan haiwan peliharaan jika ingin melancong ke luar negara. Dan kebiasaannya segala dokumentasi perlu di lengkapkan dalam tempoh 10 hari sebelum penerbangan. Tapi anda jangan pening kepala, kebanyakan veterinar dapat membantu anda dalam menyelesaikan isu dokumentasi ini.
Pilihan Syarikat Penerbangan Yang Sesuai
Penting untuk anda memilih syarikat penerbangan yang sesuai untuk membawa haiwan peliharaan! Oleh itu, pastikan anda memeriksa dan peka dengan syarat penerbangan kapal terbang yang di pilih.
Membawa Masuk Haiwan Peliharaan Di Dalam Kapal Terbang
Jika haiwan peliharaan anda bersaiz kecil, pihak penerbangan mungkin dapat membenarkan anda membawa haiwan peliharaan anda ke dalam kabin. Ini adalah lebih selamat dari membiarkan haiwan kesayangan anda di dalam sangkar yang di letakkan di dalam kargo.
Dan INGAT! anda perlu prihatin terhadap penumpang di sebelah tempat duduk anda, jika membawa masuk haiwan peliharaan ke kabin kerana mereka mungkin mempunyai alahan terhadap bulu haiwan, oleh itu pastikan anda menjaga haiwan peliharaan dengan teliti dan tertib okay!
Peka Dengan Perubahan Suhu
Kebiasaannya pihak penerbangan tidak akan memeriksa haiwan peliharaan di kargo jika suhu berada di bawah paras 45 darjah atau lebih dari 85 darjah Fahrenheit. Oleh itu, langkah yang bijak adalah memilih waktu penerbangan seperti di awal musim panas atau pertengahan musim sejuk.
Beli Penerbangan Secara Terus Atau Tanpa Henti
Jika haiwan peliharaan anda memiliki risiko yang tinggi bersikap tidak senang duduk, di sarankan supaya anda memilih penerbangan secara terus atau tanpa henti bagi mengelakkan masalah seperti ini.
Berhati-hati Memberi Makan Sebelum Penerbangan
Elakkan memberi makan kepada haiwan peliharaan dengan potion makan yang banyak sebelum penerbangan. Sebaiknya, berikan potion yang kecil sahaja sebagai alas perut dan anda boleh memberi makanan apabila sampai ke destinasi (bergantung).
Bawa Haiwan Peliharaan Berjalan
Bawa haiwan peliharaan anda berjalan sebelum penerbangan bermula, supaya haiwan peliharaan anda dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan sekaligus dapat membuat haiwan peliharaan anda untuk tidur dengan lebih lena apabila di dalam kapal terbang nanti.
Tiba Di Lapangan Terbang Awal
Tiba di lapangan terbang awal dapat memberikan anda masa untuk memeriksa segala keperluan yang penting sebelum berlepas dan haiwan peliharaan anda juga mungkin memerlukan TLC (Tender Loving Care) dari anda bagi mengelakkan haiwan kesayangan anda panik atau takut apabila terbang keudara nanti.
Berhati-hati Dengan Penggunaan Ubat-ubatan
Membawa ubat penenang untuk haiwan peliharaan ketika menaiki pengangkutan udara boleh membawa risiko kepada sesetengah haiwan ini termasuklah kesukaran apabila berada di altitud tinggi dan ianya tidak di sarankan oleh American Veterinary Medical Association.
Oleh itu, jika anda ingin membawa dan mengambil dos ubat penenang untuk haiwan peliharaan, anda harus mendapatkan khidmat nasihat dan berunding dengan veterinar anda dahulu.
Sediakan Peti (Sangkar) Haiwan
Sediakan peti yang berwarna warni, mudah untuk di baca dan memiliki keperluan air dan makanan yang cukup untuk kemudahan dan keselesaan haiwan peliharaan anda. Segelintir pengembara akan meletakan label beserta nama haiwan peliharaan mereka pada peti haiwan peliharaan. Juga jangan lupa letakan maklumat seperti nama haiwan peliharaan, alamat rumah, destinasi perjalanan dan nombor telefon anda pada kolar haiwan peliharaan untuk keselamatan.
Syarat Jenis Peti Haiwan Yang Perlu Di Patuhi
Hampir ke semua syarikat penerbangan menggunakan arahan yang serupa bagi pengembara yang membawa peti haiwan untuk haiwan peliharaan mereka ketika hendak menaiki penerbangan.
Dan berikut adalah syarat dan arahan tentang peti haiwan yang anda boleh beri perhatian bagi membantu anda untuk memahami dan memudahkan urusan perjalanan bagi mengembara dan melancong bersama haiwan kesayangan.
- Peti haiwan mesti memiliki ruang yang cukup untuk haiwan peliharaan untuk duduk, berdiri dan baring. Serta peti mestilah kukuh dan kuat bagi kegunaan ketika melancong.
- Peti mestilah memiliki roda dan mudah untuk di gerakkan.
- Peti haruslah memiliki lantai bebas kebocoran dengan bahan dari material yang menyerap kebasahan.
- Peti haiwan harus mempunyai bahagian pemegang yang tidak memerlukan untuk memasukan jari ke dalam peti haiwan apabila ingin mengalihkannya.
- Peti haiwan haruslah mempunyai label yang bertanda “Live Animal” dengan saiz satu inci besar dengan petunjuk anak panah.
- Syarikat penerbangan mungkin memiliki syarat dan sekatan terhadap jumlah haiwan berdasarkan setiap peti. Dan mungkin juga terdapat keperluan serta syarat lain, oleh itu untuk lebih terperinci anda harus melayari laman sesawang syarikat penerbangan dan baca polisi mereka.
Tips Pemilihan Hotel Haiwan!
Pilih Hotel Mesra Haiwan
Kini terdapat banyak hotel yang mesra haiwan dan anda tidak perlu risau. Anda perlu cari dan pilih hotel mesra haiwan yang terdapat di destinasi yang anda ingin tujui.
Pilih Bilik Di Tingkat Bawah
Jika anda telah memilih hotel yang di kehendaki, sebaiknya pilihlah bilik di tingkat bawah kerana ini dapat memudahkan anda untuk membawa haiwan anda keluar dan masuk bilik hotel tanpa perlu menunggu lif atau menaiki tangga yang banyak.
Letakkan Haiwan Peliharaan Di Dalam Peti Haiwan
Untuk lebih mudah dan menenangkan anda apabila melancong, letakkan haiwan peliharaan anda di dalam peti haiwan dengan persekitaran yang selesa dan sekaligus bilik anda juga kekal bersih dan kemas. Tetapi pastikan anda beri perhatian yang penuh pada haiwan peliharaan anda jangan sampai leka dan terlupa pada bestie anda tu!
Gunakan Petanda “Do Not Disturb”
Jika anda meninggalkan haiwan peliharaan seketika, pentig untuk anda meletakan tanda “Do Not Disrturb” agar pihak hotel dan pengunjung hotel tidak mengganggu haiwan peliharaan anda.
Berjalan Di Kawasan Yang Di Benarkan
Apabila berada di hotel, pastinya anda ingin menjelajah seluruh kawasan hotel bukan? Tetapi sebelum itu, penting untuk anda bertanya dahulu kepada pihak hotel tentang kawasan laluan yang di benarkan untuk berjalan haiwan peliharaan.
Runding Menerusi Perkhidmatan Sewa Rumah
Jika anda mengalami masalah kewangan untuk mencari hotel mesra haiwan di lokasi destinasi anda. Mungkin anda boleh pertimbangkan percutian sewaan menerusi mana-mana laman sesawang yang menawarkan perkhidamatan sewaan yang membenarkan pelancong membawa haiwan peliharaan.
Di harap sedikit sebanyak tips-tips perjalanan bagi membawa haiwan peliharaan anda untuk melancong dapat membantu anda. Patuhi peraturan dan melancong dengan gembira bersama haiwan kesayangan anda!♥