“When MA ain’t happy, ain’t no one happy!”
Walaupun trailer memaparkan keseluruhan jalan cerita filem suspen “MA” tetapi lakonan cemerlang, gelap dan menjelikkan daripada Octavia Spencer patut dipuji. Beliau merupakan kekuatan untuk filem MA walaupun kebanyakan review antarabangsa tidak berpuas hati akan plot yang dibentangkan oleh pengarah “The Help” Tate Taylor.
Sinopsis
Baiklah MA menampilkan Sue Ann, seorang wanita kesunyian, diminta oleh Maggie, seorang remaja baru di pekan Ohio, untuk membelikan minuman keras untuk dia dan rakan-rakan. Sue Ann melihat ini sebagai peluang untuk mendapatkan rakan muda. Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya. Peraturan yang dikenakan kepada mereka adalah salah seorang daripada mereka tidak boleh mabuk, mereka tidak boleh melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya MA. Tanpa diketahui, Sue Ann sebenarnya menyimpan niat jahat.
Kalau masih nak tonton, Wanista ingin beri 30 tiket menyaksikan tayangan perdana “MA” pada 23 Julai 2019 bertempat di MBO Starling pada jam 9 malam.
Soalan
Namakan aktres yang berlakon sebagai ibu kandung Maggie?
Syarat Penyataan
1. Hantar jawapan ke alamat email submit@wanista.com dengan tajuk “MA”.
2. PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.
3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Pintar.
4. Peraduan ini hanya sah dari 10 hingga 22 Julai 2019.
5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
6. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “MA” pada 23 Julai 2019 dari jam 8 hingga 8.30 malam di MBO Starling.
All The Best!