Berita & Isu Semasa

Aktres Lee Yeol Eum “Law Of Jungle” Bakal Berdepan 4 Tahun Penjara?!

Avatar
/
Aktres Lee Yeol Eum “Law Of Jungle” Bakal Berdepan 4 Tahun Penjara?!

Seorang aktres Korea yang menyertai rancangan reality show “Law of Jungle” di katakan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama empat tahun kerana menangkap kerang jenis spesis terancam, ketika penggambaran di jalankan bagi episod rancangan terbabit di pulau Ko Mook, Thailand pada bulan Mac lalu.

Pulau Ko Mook merupakan pulau taman laut negara Thailand dan penggambaran rancangan terkenal Korea Selatan ini di jalankan di taman laut tersebut bersama beberapa artis jemputan yang lain, termasuklah pelakon wanita Lee Yeol Eum.

Foto – Twitter

Lee Yeol Eum, 23 tahun yang sedang menyelam mencari makanan bagi siri episod tersebut menjumpai kerang gergasi. Setelah beberapa kali cubaan menarik keluar kerang gergasi, akhirnya Lee Yeol Eum berjaya membawa keluar kerang gergasi tersebut ke bot dan kembali semula menyelam ke dalam laut untuk menangkap dua lagi kerang.

Foto – Twitter

Menerusi episod yang di tayangkan pada 29 Jun baru-baru ini, di lihat peserta rancangan reality show tersebut di rakam memasak dan memakan kerang gergasi tersebut. Malah Lee Yeol Eum meluahkan rasa gembira kerana berjaya menangkap kerang gergasi tersebut di dalam episod terbabit.

Saya adalah orang yang paling bahagia di dunia.Ā  Saya berjaya, saya menangkap kerang ini dengan tangan saya sendiri – Lee Yeol Eum

Lee yang telah membuat debut di dalam industri sejak enam tahun lalu dengan beberapa siri drama hit seperti “Monster”, “My First Love” dan “Jang-Geum, Oh My Grandma” mungkin bakal berdepan dengan empat tahun penjara dan denda sebanyak sehingga 40,000 bath (RM5375) kerana menangkap spesis terancam.

Ketua Taman Negara Hat Chou Mai, Narong Kongeiad telah memfailkan saman ke atas Lee Yeol Eum pada 3 Julai kerana melanggar undang-undang hidupan liar dengan memburu kerang gergasi.

Foto – Twitter

Menurut kenyataan daripada Narong, aktres yang menangkap kerang tersebut harus bertanggungjawab kerana telah melanggar undang-undang hidupan liar di taman negara tersebut. Malah mereka yang terlibat sama dalam isu ini juga harus di saman bersama, jelas Narong.

Selain itu, Narong juga telah menjelaskan segala sekatan untuk penggambaran di jalankan di pulau taman negara tersebut kepada pihak producer lebih awal.

Hidupan laut di Hat Chao Mai tidak boleh di tangkap, di buru atau di masak. Dan ahli serta krew masing-maisng sedar bahawa pihak taman laut negara telah memaklumkan sekatan dan larangan sebelum mereka memulakan penggambaran – Narong Kongeiad

Manakala Seoul Broadcasting System (SBS), yang merupakan producer bagi rancangan reality show tersebut mengeluarkan isu kenyataan memohon maaf pada 5 Julai baru-baru ini kerana merakam penggambaran episod tersebut tanpa memahami larangan dan sekatan tempatan dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

BACA  Ketua Kumpulan iKON B.I Keluar Kumpulan, Ini Penjelasannya!