Info Menarik

Kenali Jenis Kopi Yang Serasi Mengikut Peribadi Kamu

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kenali Jenis Kopi Yang Serasi Mengikut Peribadi Kamu

Ada tak sesiapa kalau tak dapat minum kopi dalam sehari, rasa serba tak kena, pening kepala, tidak bermaya, mood swing? Yang pasti setiap daripada kita sukar memulakan hari tanpa menikmati secawan kopi hangat.

IKLAN

Namun tahukah anda, jenis kopi pilihan anda sering kali boleh menggambarkan jenis personaliti anda? Mari kita lihat beberapa jenis kopi kegemaran ramai dan karakter mereka yang memilih kopi tersebut.

Espresso

Kopi jenis espresso kebiasaannya menjadi pilihan mereka yang memiliki personaliti yang tegas serta gaya seorang pemimpin. Peminat tegar kopi espresso mementingkan kualiti kerja dan ketangkasan dalam menyiapkan tugasan. Senang kata, peminat espresso is always on the go dan mempunyai boss mentality.

Foto – CNET.com

Kopi campuran

Mereka yang meminati kopi jenis campuran mempunyai peribadi jenis spontan dan kreatif. Seringkali dinobatkan sebagai trendsetter, peminat kopi campuran suka bereksperimen dan mencuba perkara baru biarpun dari segi gaya pakaian dengan menukar stail mengikut mood ataupun menerusi gaya hidup.

Foto – CNET.com

Kopi hitam

Kalau anda mengamalkan gaya hidup yang straight to the point, semestinya kopi hitam menjadi pilihan hati. Boleh dikatakan gemarkan tradisi dan perkara yang menjadi kebiasaan, peminat kopi hitam ada kalanya bersikap extrovert mengikut mood mereka.

Foto – Pinterest

Kopi susu

Mereka yang lebih gemarkan kopi susu lebih relaks dan easygoing dalam urusan seharian. Tetapi ada masanya mereka mengalami kesukaran dalam membuat keputusan.

Foto – White Horse Coffee

Jadi kopi mana pilihan anda?

IKLAN