Kesihatan

Ini 4 Punca Penyebab Gegata Terjadi Pada Tubuh Kamu!

Avatar
/
Ini 4 Punca Penyebab Gegata Terjadi Pada Tubuh Kamu!

Gegata atau nama saintifiknya Urtikaria. Gegata ini akan menyebabkan kulit anda menjadi bengkak, menebal merah dan gatal-gatal. Antara punca-punca gegata ini berlaku ada beberapa aspek iaitu alahan, haba atau kerana senaman. Biasanya gegata ini akan hilang selepas 24 hingga 48 jam dan ianya tidak serius. Cukup dengan menyapu ubat antihistamin yang boleh meringankan gejala gegata sehingga hilang.

Spesifikasi Gegata

Untuk makluman semua, gegata juga memiliki spesifikasi atau kategori yang tersendiri iaitu Urtikaria Akut dan Urtikaria Kronik. Penting untuk mengetahui jenis-jenis gegata yang di alami supaya anda lebih peka dan tahu apa yang perlu di lakukan.

Urtikaria Akut

Urtikaria akut ini terjadi secara tibatiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebiasaannya gegata akan hilang selepas 24 hingga 48 jam. Selain itu urtikaria akut ini juga boleh berlaku berulang kali, bergantung.

Urtikaria Kritikal

Urtikaria kritikal pula adalah lebih teruk, bagi individu yang mengalami urtikaria kritikal ini mereka akan mengalami gatal-gatal secara berterusan selama lebih dari enam minggu. Dan ini memerlukan rawatan segera.

Punca Serangan Gegata (Urtikaria)

Alahan

Alahan dari aspek makanan.

Serangan gegata ini berpunca daripada alahan terhadap makanan seperti kekacang, buah-buahan sitrus, strawberi, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat atau kerang dan makanan laut.

Mungkin sebelum ini anda memakan makanan seperti di atas tidak ada sebarang masalah, tetapi faktor tubuh badan serta reaksi terhadap jenis makanan seperti di atas boleh menyebabkan gejala alahan berlaku pada diri anda bila-bila masa sahaja.

Alahan dari aspek haiwan.

Selain dari serangan alahan kerana makanan, terdapat juga serangan alahan berpunca daripada gigitan serangga dan bisa dari ggitan tersebut boleh menyebabkan tubuh anda mengalami gegata.

Alahan dari aspek ubat-ubatan.

Gegata juga boleh berlaku kerana anda memiliki alahan terhadap ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit, anti-radang dan sebagainya.

Jangkitan Virus

Gegata juga boleh terjadi apabila anda di jangkiti virus seperti selsema yang boleh mencetuskan ruam urtikaria (bergantung pada sesetengah tubuh badan individu).

Sentuhan Kulit

Sentuhan kulit yang di maksudkan di sini adalah, menyentuh bahan kimia, sensitiser, getah, produk kosmetik, tumbuh-tumbuhan, minyak, sengatan dan sebagainya yang menyentuh kulit anda dan mengakibatkan gegata pada kulit.

Haba dan Senaman

Kadang kala anda juga boleh mengalami serangan gegata di sebabkan oleh haba dan senaman yang dilakukan. Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada jenis kulit individu kerana lain reaksi akan menghasilkan kesan yang berlainan juga.

Tangani Masalah Gegata

Antihistamin

Ubat tablet ini mampu meringankan gejala gatal yang sedang berlaku dan ubat ini juga mampu menyebabkan mengantuk jadi ia sesuai di ambil sebelum tidur.

Kenalpasti Alahan Diri

Penting untuk anda mengenalpasti jika diri anda mengalami alahan dan ketahui jenis alahan sama ada alahan dari segi pemakanan, ubat-ubatan atau haiwan. Dan elak pengambilan makanan atau ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kegatalan.

Rujuk Pakar Dermatologi

Jika masalah gegata berlaku berlarutan, anda harus merujuk kepada pakar dermatologi untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan bagi menghilangkan gegata pada kulit anda.

Anda harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan mengetahui bagaimana untuk mengekang masalah gegata jika ianya berlaku terhadap diri anda. Di harap sedikit sebanyak maklumat yang wanista kongsikan hari ini dapat memberi manfaat buat anda!

BACA  7 Misteri Kondom Yang Perlu Anda Ketahui!