Hampir dua tahun T.O.P menyertai perkhidmatan ketenteraan sejak bulan Februari pada tahun 2017 sebagai pegawai polis. Tapi sayang tidak lama kemudian T.O.P di keluarkan kerana terlibat dengan pengambilan dadah jenis ganja.
T.O.P yang di temui tidak sedarkan diri di bawa ke hospital dan sejurus itu, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan K-pop terkenal Big Bang.
Kemudian T.O.P meneruskan tugasnya semula sebagai perkhidmatan awam pada bulan Januari tahun 2018 dan semalam pada 7 Julai 2019, T.O.P menemui peminatnya sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan mereka terhadap dirinya selepas tamat menjalankan tugas.
T.O.P atau nama sebenarnya adalah Choi Seung-hyun meluahkan perasaan terima kasih dan memohon maaf menerusi laman sosial medianya di Instagram. Peminat-peminatnya tetap memberi sokongan terhadap T.O.P meskipun dirinya terlibat dengan isu pengambilan dadah.
Meskipun saya tidak berbangga terhadap diri saya, saya ingin meluahkan rasa terima kasih terhadap ke semua peminat yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi berkongsi saat ini bersama saya.
Saya akan pastikan bahawa saya memuhasabah kesilapan diri saya dan membalas semula segala kesakitan dan kekecewaan yang telah saya lakukan terhadap anda semua.
Sekali lagi, terima kasih.
Sehingga kita berjumpa lagi. LOVE, T.O.P.
T.O.P merupakan anggota pertama kumpulan Big Bang yang telah melengkapkan tugas perkhidmatan awamnya. Menyusul akan datang yang bakal keluar dari perkhidmatan adalah G-Dragon dan Taeyang yang di jangka akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2019 ini.
Kumpulan K-pop terkenal ini sekali lagi di hujani dengan pelbagai kritikan dan perbincangan apabila pada bulan Mac tahun ini, Seungri membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan dan sekaligus bersara dari industri hiburan apabila terpalit dengan kes pelacuran dan menyediakan perkhidmatan escorts untuk pelabur asing.