Cinta & Perhubungan

Netizen Jatuh Cinta Tengok Cara Meghan Markle Tatap Putera Harry (Gambar)

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Netizen Jatuh Cinta Tengok Cara Meghan Markle Tatap Putera Harry (Gambar)

Tahukah, mata dan renungan adalah bahagian paling penuh perasaan pada tubuh seseorang. Sebab itulah wujudnya perumpaan “dari mata turun ke hati” ketika mengenali hati budi seseorang di saat kedua-dua dalam episod perkenalan.

IKLAN

Sejak mengatakan “I do” pada 19 Mei tahun lepas, Meghan Markle dan Putera Harry telah memenuhi ruang media sosial kita dengan seleksi gambar-gambar cantik dan detik-detik gembira, terutamanya sejak mengumumkan berita kehamilan sehingga ke kelahiran baby Archie.

Tapi dalam banyak-banyak, satu yang penulis tertarik setiap kali melihat gambar mereka berdua adalah pandangan mata Meghan terhadap suaminya tercinta. Ya, tatapan penuh asyik, dalam dan jauh pada Harry, seolah-oalah dunia ini hanya ada mereka berdua sahaja. Cara Meghan melihatnya bersungguh-sungguh, ada rasa kagum dan kasih sayang seorang isteri buat suami. Bukan sekali tapi banyak kali, Harry serta Meghan sering melakukannya. Yang pasti mereka berdua in love, and they’re not shy about showing it.

Tak percaya, tengok gambar di bawah… Korang juga akan mengaguminya.

#1

Foto – Getty

#2

Foto – Getty

#3

Foto – Getty

#4

Foto – Getty

#5

Foto – Getty

#6

Foto – Getty

Romantiskan mereka berdua ini?

Foto – Getty

Pasangan korang pandang macam ni tak?