Kesihatan

Cuci Tangan Dengan Sabun, Hand Sanitizer : Mana Yang Paling Bagus?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cuci Tangan Dengan Sabun, Hand Sanitizer : Mana Yang Paling Bagus?

Tangan adalah agen penyebaran bakteria dan virus. Penyakit yang berjangkit melalui sentuhan boleh disebarkan secara langsung menerusi sentuhan dengan orang yang berjangkit, bendalir badannya atau permukaan yang tercemar.

IKLAN

Jadi untuk menyingkirkan semua itu, anda boleh mencuci tangan sebetulnya. Mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun amat perlu pada lima titik kebersihan tangan sepanjang hari untuk mencegah penyebaran kuman. Orang ramai mengamalkan konsep ‘bilas tetapi bukan mencuci’, kerana mereka menganggap bahawa membilas tangan dengan air sudah cukup untuk membersihkan tangan. Tetapi tanggapan ini tidak tepat.

Penulis nak tanya, anda selalu cuci tangan dengan sabun biasa, antibakteria atau sekadar hand sanitizer? Tahukah ada bezanya setiap satu.

Cuci tangan dengan sabun biasa

Foto – Carousell

Sebenarnya sabun biasa juga berkesan untuk menyingkirkan bakteria. Namun adakalanya produk biasa lebih diformulasikan untuk menghilangkan bau pada tangan sahaja, dan belum tentu efektif membunuh bakteria. Sabun biasa yang mengandungi minyak wangi tambahan yang kemungkinan bisa membuat kulit jadi kering. Bagi bayi dan orang yang miliki kulit sensitif, sabun yang mengandungi minyak wangi sebaiknya dihindari.

Cuci tangan dengan sabun antiseptik

Foto – sksindonesia.com

Sabun antibakteria adalah produk pembersih yang mengandungi bahan antimikrob tambahan, seperti alkohol, benzalkonium klorida, dan bahan-bahan antibakteria lain. Produk pembersihana ini berkesan untuk membunuh bakteria, dan sering menjadi pilihan hospital, pusat kesihata, klinik dan banyak lagi. Sebagai tambahan kepada bakteria yang dilekatkan terus ke tangan anda, haiwan berbulu seperti kucing atau anjing boleh menjadi perantara untuk memindahkan kuman ke tubuh anda. Jenis bakteria yang melekat pada haiwan peliharaan tidak menyebabkan kudis tetapi boleh membuatkan kulit anda gatal. Jadi, untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan sabun antibakteria ini.

Cuci tangan dengan hand sanitizer

Foto – kohlindustries.com

Kalau tiada air dan sabun, guna sahaja hand sanitizer. Kerana saiznya yang kecil jadi ia sangat praktikal dibawa ke mana-mana dan di mana sahaja. Kandungan hand sanitizer tidak dapat membersihkan minyak atau kotoran seperti halnya mencuci tangan dengan sabun. Sayangnya, tidak semua jenis kuman dapat dibasmi dengan hand sanitizer. Jadi, sebaiknya pilih hand sanitizer yang berasaskan alkohol sekitar 60%.

Baca : Selain Cuci Tangan, Ini 8 Kegunaan Lain “Hand Sanitizer”

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

IKLAN