Fesyen

Walau Dah Tua, Celine Dion Bukti Dia Paling Gah Di Minggu Fesyen Paris

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Walau Dah Tua, Celine Dion Bukti Dia Paling Gah Di Minggu Fesyen Paris

Celine Dion tiba di Minggu Fesyen Paris dengan caranya paling kelas!

Menjadi highlight sejak awal Julai, pelantun suara “My Heart Will Go On” memukau netizen dengan pilihan fesyennya yang vogue, berani serta colourful.

Diva antarabangsa ini dilihat dalam persalinan bodysuit ke gaun haute couture sehingga ke gaya parisian ketika menghadiri pertunjukan fesyen musim luruh untuk pereka Iris Van Herpen, Schiaparelli, Miu Miu dan ramai lagi.

“Saya berusia 50 tahun. Saya mahu memakai apa sahaja yang saya mahu – saya mahu melakukan apa sahaja yang saya pilih. Saya memakai semua ini kerana saya mahu berasa cantik, kuat, feminin, berkuasa, menarik – saya lakukan untuk diri saya,” terang Celine Dion.

Lihat seleksi ensemble Celine paling mencuri tumpuan…

Tampil bodysuit tanpa seluar dari off-white.

Foto – Getty

Dah macam Carrie Bradshaw dalam Sex and the City mengenakan dress ropol hot pink paling mega!

Foto – Getty

Ya ampun kenapa cantik sangat Celine Dion dalam gaun pendek dari Alexandre Vauthier ni..

Foto – Getty

Ala gadis parisian ye Celine!

Foto – Getty

Rocking in Chanel bodysuit! Tengoklah body Celine yang ramping.

Foto – Getty

Fashion-forward dengan pilihan jaket hitam bersama skirt ropol kuning dari rekaan Ronald van der Kemp.

Foto – Getty

Juling mata tengok dress labuh Iris van Herpen ni.

Foto – Getty

Bagaikan ahli sihir moden.

Foto – Getty

Meet my bodyguard!

Foto – Getty

Ternyata usia sekadar nombor sahaja.

BACA  Keluarkan Girdle "Kimono Solutionwear", Kim Kardashian Terima Respon Negatif