Tips - Makanan

Nah 7 Sebab Kentang Putar Korang Tak Sedap!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Nah 7 Sebab Kentang Putar Korang Tak Sedap!

Siapa saja yang tak suka makan kentang putar atau kentang lenyek (mashed potato)? Makanan guilty pleasure kesukaan semua orang daripada golongan kanak-kanak sehingga yang dewasa.

IKLAN

Tapi tidak semua kentang putar yang ada dijual sedap. Adakala rasanya seperti tidak cukup, kentang ada yang tidak masak, tidak lemak berkrim, tawar serta bermacam lagi.

Hari ini anda bertuah kerana Wanista ingin berkongsi tips dan rahsia buat kentang putar paling sedap menurut chef terkenal. Tiada rahsia tapi ada beberapa kesalahan patut dielak!

Kesalahan #1 Salah Guna Kentang

Terdapat dua jenis kentang – Waxy dan Starchy. Yang menjadikan kentang putar sedap adalah bila anda menggunakan kentang jenis Starchy. Waxy (seperti kentang putih atau berkulit merah) boleh menjadi kusam apabila dilecek dan tidak menyerap sebilangan besar rasa lemak butter. Gunakan kentang Starchy (kentang kuning yang biasa) seperti Russet atau Yukon Gold.

Foto – Tony Leung

Kesalahan #2 Potong Terlalu Kecil

Potongan kecil boleh memasak lebih cepat, tetapi ia mengambil terlalu banyak air, mencegah penyerapan mentega dan krim. Begitu juga jika potongan tidak sekata (besar @ kecil), kentang tidak masak pada kadar yang sama – tidak cukup matang bila dilenyekkan. Jadi, potong semua kentang dalam saiz sederhana yang sama.

Foto – What’s for Dinner?

Kesalahan #3 Tak Letak Garam

Caranya letak garam terlebih dahulu dalam air. Jadi kentang akan menyerap garam ketika masak dan menjadikan ia lebih beraroma dan enak. Berbanding jika anda masak kentang tanpa meletakkan garam atau menunggu bila kentang masak baru ditaburnya garam. Keadaan itu akan membuatkan kentang tidak mempunyai rasa dan tidak sedap.

Foto – inspiredtaste.net

Kesalahan #4 Kentang Terlebih Masak

Kentang yang terlebih masak membuatkan kentang putar berair. Apa yang perlu dilakukan? Masak kentang sehingga betul-betul masak. Anda tahu mereka sudah masak bila anda mencucuk garfu atau lidi dalam kentang dengan baik tanpa sebarang halangan.

Foto – Piping Pot Curry

Kesalahan #5 Guna Mentega Dan Krim Yang Sejuk

Mentega dan krim adalah bahan penting untuk membuat kentang putar kaya dengan rasa. Jika anda menambahnya terus dari peti sejuk, ia menyejukkan campuran dan mengelakkan molekul kanji kentang menyerap sepenuhnya. Jadi sebaiknya anda panaskan mentega dan krim (secara berasingan dalam satu minit) sehingga mentega dan krim mencair. Jadi, bila digabungkan kesemua kentang putar akan lagi sedap!

Foto – Epicurious

Kesalahan #6 Letak Krim Dan Mantega Serentak

Kebanyakan orang meletakkan mentega dan krim pada masa yang sama. Jangan kerana ia hanya akan membuatkan kentang putar terasa pelik. Apa yang perlu dilakukan, masukkan mentega cair secara berasingan dan kacau rata. Kemudian tambahkan krim dan kacau lagi, hasilnya rasa kaya dan tekstur berkrim.

IKLAN
Foto – Skinnytaste

Kesalahan #7 Overmixing

Jika anda asyik kacau kentang putar, terlalu banyak kanji dikeluarkan. Kentang putar akan menjadi terlalu gebu, berlemak dan langsung tidak menyelerakan. Apa yang perlu dilakukan ialah kacau secara lembut dan kalau boleh gunakan tangan supaya anda tahu setiap tekstur kentang. Kalau nak cepat boleh guna food mill atau old-fashioned hand masher ikut pilihan mana ada.

Foto – The Pioneer Woman

Sekarang anda boleh sediakan kentang putar paling sedap di dunia!

Baca : Resipi Mashed Potato & Brown Sauce Ala Wanista

Selamat Beramal!