Lion King sebuah filem yang tidak asing lagi di dalam industri perfileman. Mana tidaknya meskipun telah 25 tahun berlalu, Lion King kekal sebagai G-rated movie iaitu salah satu filem yang mendapat bayaran tertinggi di dalam industri perfileman.
Disney yang merupakan pelopor utama bagi filem Lion King ini mengambil langkah drastik dengan penggunaan photorealistik computer-animated movie. Keadah teknologi terbaru ini pastinya akan memberi nafas baru bagi filem Lion King ini.
Apa yang menarik tentang filem Lion King ini adalah ia bakal ditayangkan pada 18 Julai 2019 di seluruh pawagam TGV dan GSC di Malaysia.
Penampakan Poster Lion King Yang Badass!
Hanya 14 hari saja lagi sebelum tayang filem Lion King ini mula di tayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Bersempena itu, Disney berkongsi beberapa gambar poster Lion King termasuk watak utama dan suara latar di sebalik filem tersebut!
Beyoncè Knowles – Carter sebagai Nala Dewasa
Nah, suara dominan di sebalik karakter Nala dewasa ini adalah Beyoncè! Siapa sangka kan? Penyanyi lagenda ini bakal menggegarkan pawagam sebagai pelakon suara bagi watak utama versi Nala dewasa!
Donald Glover sebagai Simba Dewasa
Suara unik dan berkarisma di sebalik watak Simba dewasa ini dilakonkan oleh Donald Glover! Suara Donald ni memang sesuai sangat bagi watak Simba versi dewasa ni!
John Oliver, Seth Rogen dan Billy Eichner sebagai Zazu, Pumbaa dan Timon
Chiwetel Ejiofor sebagai Scar
Eric Andrè, Florence Kasumba dan Keegan-Michael Key sebagai Hyenas Azizi, Shenzi dan Kamari
Alfre Woodard sebagai Sarabi
Shahadi Wright Joseph dan JD McCrary sebagai Nala dan Simba Versi Kecil
Wah melihat poster-poster gempak ini pasti membuatkan penonton tidak sabar untuk menanti tarikh tayangan filem Lion King ini! Nak tengok filem Lion King? Serbu pawagam pada 18 Julai 2019 ini nanti!