Hiburan

Katy Perry Pamer Tubuh Badan Berisi, Netizen Beri Reaksi Positif

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Katy Perry Pamer Tubuh Badan Berisi, Netizen Beri Reaksi Positif

Sebelum ini Katy Perry menjadi highlight apabila membuat kemunculan mengejut dalam muzik video Taylor Swift yang berjudul ‘You Need To Calm Down’.

IKLAN

Kali ini, tubuh badannya pula menjadi bualan ramai di Twitter. Hal ini selepas Katy Perry dilihat bersantai di Hawaii dalam bikini merah dengan cetakan bunga memberi mood musim panas. Khabarnya Katy Perry sedang dalam proses pembikinan muzik video barunya yang menampilkan konsep cheeky, seksi dan fun.

Foto – Getty

Berambut blonde, mengenakan aksesori rambut di sebalik telinga, Katy Perry adalah “California Girl” sebenar. Tubuh badan Katy Perry yang berisi, sihat serta seksi memberi reaksi positif dikalangan netizen. Ada yang cemburu melihat #BodyGoal Katy, malah ingin tahu rahsia senaman sehingga kelihatan cantik sebegitu.

Foto – Getty

Dalam kesibukan Katy Perry sempat melayangkan senyuman manis kepada lensa kamera.

Foto – Getty

What is your secret, mind to share Katy?