Pernah dengar jenama kosmetik Physicians Formula? Bukan calang-calang, jenama ini bukan sahaja mampu menambah seri wanita bahkan merawat juga.
Ternyata Physicians Formula telah wujud sejak tahun 1937 oleh Dr. Crandall, seorang allergist terkemuka di Los Angeles, kerana cinta kepada isteri yang mempunyai kulit sensitif. Jenama ini bebas wangian dan diuji secara klinikal, bebas daripada lebih 500+ perengesan kulit yang diketahui. Sejak itu, Physicians Formula telah mengekalkan komitmen menghasilkan produk berkualiti yang disyorkan ahli dermatologi, pakar bedah plastik bahkan pakar kulit.
Physicians Formula Muru Muru Butter Lip Cream SPF15
Berpeluang menghadiri pelancaran produk baru Physicians Formula, rangkaian gincu bibir mencuri perhatian penulis dengan formula khas yang difokuskan. Diilhamkan oleh rangkaian Butter Collection yang terlaris, Physicians Formula memperkenalkan koleksi Murumuru Butter Lip Cream SPF 15 – gincu bibir berkrim yang mempunyai enam pilihan warna memikat. Mempunyai kelebihan Butter Blend yang eksklusif, setiap warna kaya dengan pelembap yang dapat memberi faedah merawat masalah bibir. Formula yang berkilat, ringan dan memelihara keadaan kering, bibir retak dengan tambahan perlindungan matahari serta warna yang sempurna.
Bahan Utama:
- Pelembap Tucuma Butter
- Cupuacu Butter
- Murumuru Butter Blend
- Conditioning Essential Fatty Acid
Penyelesaian kepada:
- Bibir kering
- Bibir retak
- Pendedahan kepada matahari
- Bibir pucat
Ingin miliki gincu bibir ini. Anda boleh dapatkan di semua Watsons serata Malaysia pada harga RM39.90.
Jom Cantik Sama-Sama!