Fesyen

Cantik Pakai Serba Putih, Kate Middleton Bikin Perempuan Cemburu!

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Cantik Pakai Serba Putih, Kate Middleton Bikin Perempuan Cemburu!

Tiada satu fesyen Kate Middleton yang gagal, semuanya sempurna. Mungkin itulah namanya aura seorang puteri!

Sekali lagi ibu kepada tiga orang anak George, Penelope dan Louis mencuri tumpuan lensa apabila mengenakan persalinan dress rona putih suci ketika menghadiri pertandingan tennis.

Foto – Getty

Baca : Tak Berkelip Tengok Kate Middleton Dalam Dress Biru Sebab Cantik Sangat!

Hadir bersama rakan Serena Williams dan Roger Federer, Kate tampil dalam dress labuh paras buku lali dari Suzannah bersama tali pinggang hitam Alexander McQueen, dipadan dengan sepatu hitam, tas tangan rotan dan cermin mata Rayban, menjadikan keseluruhan ensemble sangat ikonik dan cantik berseri.

Foto – Getty

Sepanjang Wimbledon, Kate dilihat sangat relaks dan enjoy menghabiskan masa solonya menyaksikan sukan kegemarannya.

Foto – Getty
Foto – Getty

Penulis in love betul dengan Kate Middleton ni!

BACA  Semua Cantik, Video Muzik Taylor Swift "ME" Penuh Dengan Fesyen Paling Mahal