Makanan

Wanista Dah Cuba! Perisa Baru Ais Krim Haagen-Dazs Serius Sedap!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Wanista Dah Cuba! Perisa Baru Ais Krim Haagen-Dazs Serius Sedap!

Sekarang Malaysia sedang mengalami panas bahang, jadi ais krim adalah peneman terbaik!

IKLAN

Haagen-Dazs memperkenalkan dua perisa baharu, iaitu Kiwi & Mango Frozen Yogurt dan Strawberry Frozen Yogurt.

Perisa ini dibuat daripada ais krim yogurt dengan 100% krim dan susu segar sebenar yang menghasilkan kontras yang menyegarkan. Diadun dengan buah-buahan segar, ia pasti membangkitkan deria anda dan menghasilkan detik-detik penuh kegembiraan.

Wanista Review

Kiwi & Mango tampil rasa masam buah Kiwi Hayward dipadankan dengan kemanisan buah mangga Totapuri dengan yogurt beku yang sangat menyegarkan. Manakala, Strawberry pula rasa adunan yogurt masam dengan buah strawberi yang dipetik segar dan penuh kemanisan. Kedua-duanya sangat sedap, enak dan paling penting tidak terlalu MANIS.. Rasa yang sedang-sedang sedapnya!

Haagen-Dazs Cool Wheels

Lagi yang menarik Haagen-Dazs menjemput warga Malaysia mengunjungi “Haagen-Dazs Cool Wheels” – direka untuk keseronokan, dan dilengkapi tembok foto roda ferris dan pit buih, tempat yang sempurna untuk anda semua merakam detik-detik bahagia. Haagen-Dazs akan beradas di kawasa-kawasan Lembah Klang bermuda 24 Jun hingga 7 Julai 2019.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Untuk maklumat lanjut, berhubunglah dengan Häagen-Dazs melalui laman Facebook haagendazsmalaysia atau Instagram @haagendazsmy.