Giveaway

Jawab Dan Menang Kupon Makanan The Chicken Rice Shop

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Jawab Dan Menang Kupon Makanan The Chicken Rice Shop

Siapa yang tidak suka dengan nasi ayam bukan? Rata-rata The Chicken Rice Shop menjadi pilihan tempat makan bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya pilihan makanan yang di hidangkan mampu menarik selera tanpa mengira bangsa dan budaya!

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

The Chicken Rice Shop terkenal dengan menu-menu masakan tradisional seperti resepi masakan Nasi Ayam Hainan yang berasal daripada Penang. Dan terdapat 25 menu lain yang menjadi pilihan kegemaran di The Chicken Rice Shop seperti Kari Laksa, Kari Ayam Hainan, Special Penang Chai Boay (campuran sayur-sayuran pedas), Famous Stuffed Fish Ball dan Penang Rojak.

Rekaan Restauran Yang Cozy Dan Halal!

Selain itu, rekaan dalaman restauran The Chicken Rice Shop ini juga menarik dengan hiasan tempat letak sudu menggunakan rotan berbentuk ayam! Menarik bukan? Tambahan lagi ruang serta tempat makan yang selesa membuatkan pengunjung tidak berhenti membanjiri restauran nasi ayam ini.

Foto – Arkib Wanista

Tambahan lagi, The Chicken Rice Shop juga diperakui ‘HALAL’ oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Kedua-dua badan berkuasa HALAL ini diakui pada peringkat antarabangsa! Hebat betul.

4 Jenis Variasi Pilihan Ayam Terkenal

Foto – Arkib Wanista

Menyentuh soal makan, jika ke Chicken Rice Shop ini pengunjung pastinya terliur dengan tiga jenis pilihan ayam yang terkenal iaitu ayam steam, ayam panggang dan ayam honey barbecued dan ayam sos soya!

Mahu pening kepala apabila ingin memilih menu makanan nasi ayam dengan tawaran empat jenis variasi masakan yang berbeza!

Jawab dan Menang Kopun Makanan Istimewa The Chicken Rice Shop

Sempena sambutan outlet The Chicken Rice Shop yang ke-100 ini, Wanista dan The Chicken Rice Shop nak beri kupon makanan istimewa kepada pemenang yang bertuah dengan hanya melengkapkan slogan paling kreatif dan anda berpeluang untuk memenangi kupon makanan daripada The Chicken Rice Shop ini!

Lengkapkan slogan “Saya Suka Makan Di The Chicken Rice Shop Kerana…”. Slogan yang unik dan kreatif akan dipilih!

Syarat Wanista!

  1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram Wanista @wanistadotcom
  2. Kongsikan peraduan ini di media sosial anda – Facebook dan Instagram (repost) serta tag Wanista!
  3. Pastikan media sosial anda dalam mode ‘Public’ agar memudahkan pihak Wanista menilainya.
  4. Peraduan ini sah bermula 9 Julai 2019 sehingga 31 Julai  2019.
  5. Wanista akan mengumumkan pemenang menerusi media sosial.
  6. Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan SAHAJA
  7. PENTING! Wanista akan memberi keutamaan kepada peserta di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan pemberian hadiah.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

IKLAN