Teh, air minuman yang tidak asing di Malaysia malah ia adalah minuman yang di gemari ramai. Tahu tak dengan meminum air teh, ianya memberikan manfaat dan kesan yang bagus terhadap diri kita.
Tapi anda tahu ke teh yang anda minum itu adalah teh sebenar? Untuk pengetahuan semua, teh yang sebenar adalah datangnya daripada pokok yang dikenali sebagai Camellia Sinensis dan memiliki hanya empat variasi iaitu hijau, hitam, putih dan oolong.
Daun teh kaya dengan polyphenols yang merupakan antioksidan dan phytochemicals. Meskipun teh sebenar hanya memiliki empat jenis variasi sahaja, tetapi ia mempunyai sokongan kukuh dari aspek kesihatan!
Ini 13 Faktor Utama Teh Adalah Menyihatkan!
- Boost ketahanan. Saintis mendapati ektrak teh hijau mampu membakar lemak dan meningkatkan ketahanan otot.
- Meminum air teh dapat membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Teh berupaya membantu melindungi kardiovaskular dan penyakit degeneratif.
- Antioksidan yang terdapat di dalam teh mampu melindungi daripada serangan kanser seperti kanser payudara, kolon, kolorektal, kulit, paru-paru, esofagus, perut, usus kecil, pankreas, hati, ovari, prostat, dan kanser mulut. Meskipun begitu, teh bukanlah penyembuh mutlak penyakit kanser oleh itu jangan terlalu bergantung pada teh semata-mata ya!
- Teh melawan radikal bebas. Teh yang sememangnya kaya dengan kapasiti penyerapan radikal oksigen yang dikenali sebagai ORAC ini mempu memusnahkan radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh.
- Teh juga mampu menghydratkan tubuh badan!
- Dengan meminum air teh, ia dapat mengurangkan risiko penyakit Parkinson yang terdapat di kalangan wnaita dan lelaki.
- Teh juga memberi pelindungan daripada sinaran ultraviolet. Kita sedia maklum kepentingan pancaran sinaran UV dan menerusi teh hijau ia bertindak sebagai back-up sunscreen!
- Teh mampu rampingkan pinggang! Satu kajian mendapati dengan meminum teh panas mampu mengurangkan ukuran pinggang dan merendahkan BMI si peminum teh dan sekaligus mengurangkan risiko metabolic syndrome (iaitu penyakit berisiko seperti diabetes, penyakit arteri dan strok).
- Meminum air teh secara kerap dapat menyerang kesan negatif terhadap rokok dan mengurangkan risiko kanser paru-paru.
- Teh dapat memberi manfaat terhadap penyakit diabetes jenis 2 dan kajian menyarankan minuman air teh hijau dapat membantu pesakit dabetes memproses gula dalam badan.
- Selain itu, teh juga membantu tubuh untuk sembuh daripada kesan radiasi.
- Teh hijau juga dapat meningkatkan kekuatan dan kepadatan mineral tulang.
- Dan teh juga merupakan agen berkesan bagi menghalang dan merawat penyakit neurologi terutama penyakit Alzheimer. Kajian mendapati teh dapat membantu melindungi penyakit sel degeneratif seperti penyakit Alzheimer ini kerana kandungan polyphenols yang terdapat di dalam teh hijau dapat membantu mengekalkan bahagian pembelajaran dan ingatan di dalam otak.
Meskipun kajian menunjukkan teh memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia. Tetapi ia bukanlah ubat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit berat seperti yang dinyatakan di atas.
Side Note Untuk Kamu!
- Simpan teh di tempat yang sejuk. Meminum minuman yang panas mampu meningkatkan risiko kanser esofagus. Oleh itu, pastikan air teh anda sejuk selama beberapa minit sebelum meminumnya.
- Kajian menunjukkan bahawa ujikaji yang dijalankan terhadap tikus akan memberi kesan yang berbeza terhadap manusia. Ini kerana kimia yang terdapat di dalam teh memiliki reaksi yang berbeza di dalam makmal kajian berbanding di dalam tubuh badan manusia. Dan selain itu, kandungan tannins dan bahan-bahan lain di dalam teh bukanlah sesuai untuk kesihatan tubuh manusia seperti yang di sarankan oleh kajian makmal. (Bergantung).
- Ke semua minuman air teh yang di reka bukanlah sama. Bergantung kepada tubuh badan dalam menyerap kebaikan yang terdapat di dalam teh berdasarkan jenis variasi teh, pengetinan dan proses pembuatan serta cara ia di bancuh.
Apa-apa pun, Wanista yakin kebaikan yang terkandung di dalam teh dapat memberi kesihatan terhadap tubuh badan manusia cuma ia juga bergantung mengikut jenis tubuh dan tahap kesihatan manusia itu juga.
Jangan pening-pening, tea lover hanya perlu kekalkan gaya minuman teh yang sihat dan menyegarkan!