Hiburan

Sejak Umum Perceraian, Song Joong Ki Makin Tak Terurus (Gambar)

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Sejak Umum Perceraian, Song Joong Ki Makin Tak Terurus (Gambar)

Masih lagi hangat diperkatakan ialah perceraian power couple Korea “Song Song Couple” – Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

IKLAN

Baca : Song Joong Ki Failkan Tuntutan Cerai Terhadap Song Hye Kyo!

Mengejutkan bila pasangan ini sudah tidak duduk serumah sejak tahun lepas dan punca penceraian kerana tiada sefahaman dan berbeza pandangan.. biasalah jawapan artis bila bercerai, typical sangat.

Foto – The Straits Times

Terkini, berlegar di media sosial apabila gambar Song Joong Ki bersama peminat menjadi topik hangat. Hal ini kerana perubahan fizikal yang drastik mengejutkan netizen. Tiada lagi wajah babyface kesukaan ramai, tetapi hanyalah wajah cengkung, berusia malah rambut makin menipis.

Foto – Twitter

Sumber dalaman percaya bahawa Song Joong Ki mengalami keguguran rambut akibat tekanan yang disebabkan oleh perceraian. Bahkan, Song Joong Ki cuba mengekalkan gayanya dengan stail rambut yang berbeza untuk menyembunyikan rambut nipis.

Membuat kemunculan sejak pengumuman perceraian, Song Hye Kyo tampil paling cantik, seksi dan berseri ketika menghadiri acara barangan kemas Chaumet in Majesty di Monaco baru-baru ini. Song Hye Kyo lari daripada kebiasaan dengan solekan smokey eyes yang galak serta pilihan dress yang mencolok mata.

Foto – Getty
Foto – Getty

Hurmmm…

IKLAN