Menghabiskan masa berlibur di Punta Mita, Mexico, Selena Gomez debut dalam set bikini paling memukau, mengancam dan seksi.
Krahs Swim “Comino” berharga mampu milik $40 (RM165) itu sebenarnya merupakan jenama yang diasaskan oleh teman baiknya, Theresa Marie Mingus. Dilaporkan, bikini yang dipakai Selena merupakan hasil kerjasamanya yang kedua dengan Krahs selepas mencipta bikini yang boleh menutup parut akibat pemindahan buah pinggangnya.
Koleksi kedua ini dilihat lebih seksi dengan pemilihan fabrik berkualiti, sesuai dipakai sebagai bikini atau menyuai padan bersama shorts, skirts, atau loose pants mengikut kreativiti yang diinginkan.
Dengan harga yang berpatutan, set bikini tersedia dalam warna merah, putih dan biru, dan boleh didapati di krahs.com.
Happy Shopping!