Giveaway

Wanista Beri 20 Pasang Tiket Filem Cinta Monyet Indonesia “Dilan 1991”

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Wanista Beri 20 Pasang Tiket Filem Cinta Monyet Indonesia “Dilan 1991”

Melihat pada trailer, sudah dapat dibayang jalan cerita penuh dengan bait-bait romantik di antara tunjang utama, dialog yang cukup padu, keserasian ibarat percintaan Rangga dan Cinta dalam Ada Apa Dengan Cinta tetapi Dilan 1991 punya ceritanya sendiri yang menggamit memori.

Berjaya mengatasi kutipan Avengers: Infinity War di box office Indonesia, sekuel Dilan 1990 – Dilan 1991 yang dibintangi oleh dijangka Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Jerome Kurnia, Adhisty Zara akan menemui penonton pada Julai 2019.

Foto – TGV

Sinopsis

Dilan 1991 mengisahkan teman wanita Dilan yang bernama Milea risau akan masa depan mereka, lebih-lebih lagi selepas Dilan bergaduh dengan Anhar dan berkemungkinan akan dibuang sekolah. Akhirnya dia menyuruh Dilan memilih antara kumpulan motosikalnya dan hubungan mereka. Pada masa yang sama, Milea berkenalan dengan Yugo, anak kepada sepupu jauh ayahnya. Yugo baru sahaja pulang dari Belgium dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Walaupun Yugo menaruh hati pada dia, Milea masih mencintai Dilan.

Nak tahu kesudahan Dilan 1991? Wanista bersama TGV nak beri 20 pasang tiket kepada semua pembaca bertuah. Tapi anda kena menjawab satu soalan mudah terlebih dahulu.

Soalan

Namakan aktor yang membawakan watak Dilan?

Tayangan Perdana Dilan 1991

Tarikh : 9 Julai 2019

Masa : 8.45 malam

Tempat : TGV Cinema, 1 Utama

Syarat Pernyataan

1. Hantar jawapan ke alamat email submit@wanista.com dengan tajuk “Dilan 1991”.

2. PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Pintar.

4. Peraduan ini hanya sah dari 2 hingga 8 Julai 2019.

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.

6. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Dilan 1991” pada 9 Julai 2019 (Selasa) dari jam 8.00pm hingga 8.30pm di TGV Cinema, 1 Utama.

Foto – TGV

All The Best!

BACA  Jawab Dan Menang Kupon Makanan The Chicken Rice Shop